Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan : Google

Baiki Bumbung Rumah Berakhir Tragedi, Warga Emas Dijumpai Mati Selepas Tiga Hari

Tindakan seorang warga emas membaiki bumbung rumahnya yang bocor berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu ditemui mati di tempat kejadian selepas tiga hari.

Kejadian yang berlaku hari ini di Jalan Pantai, Parit Buntar itu disedari oleh penduduk setempat setelah mereka menghidu bau busuk di kawasan sekitar.

Memetik laporan Bernama, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mendapat panggilan pada jam 10.28 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan sembilan anggota telah menemukan mayat Lim Siew Kiang, 63.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Hisham Osman, anggota bomba menggunakan tangga jentera bomba dan pengusung untuk menurunkan mangsa di atas bumbung yang setinggi tiga meter.

Pihak bomba percaya mangsa telah mati di situ sejak tiga hari lalu dan mangsa dipercayai naik ke bumbung untuk membaiki bumbung rumah yang bocor.

Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.