Siakap Keli

Dia Begitu Mencintai Buku,” Pakcik Sanggup Guna Kanta Pembesar Untuk Membaca Buat Netizen Kagum

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Elizabet Scott pernah berkata bahawa :

“Aku mencintai buku. Aku sangat menyukai saat di mana aku membacanya dan ‘tenggelam’ bersamanya. Aku ibarat pergi ke dunia lain dan terlepas dari dunia sebenarku. Dan ia ternyata lebih indah.”

Pasti ramai di kalangan anda yang sangat suka membaca, tidak kira sama ada novel, buku, artikel, majalah mahupun surat khabar. Dengan membaca banyak informasi dan ilmu baru yang bakal kita perolehi. Kalau dahulu, masyarakat akan membaca bahan bacaan fizikal seperti majalah mahupun surat khabar yang dijual di kedai-kedai. Namun seiring dengan kecanggihan teknologi, orang ramai kini lebih memilih untuk membaca semua informasi melalui atas talian.

Gambar Hiasan

Budaya membaca bahan digital ini sudah berkembang sejak dari tahun 2010 di mana pihak penerbitan buku dan syarikat media mula menyiarkan bahan bacaan seperti artikel di laman web mahupun di media sosial. Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kadar literasi rakyat Malaysia tidak meningkat sejak tahun 2014 dan purata membaca di kalangan mereka hanyalah 15 sehingga 20 buku setahun.

Seorang pengguna Facebook, Ariff Khairuddin telah berkongsi melalui hantarannya tentang seorang warga emas. Ariff merupakan seorang penulis buku yang gemar berkongsi ilmu dan ‘mendedahkan’ mengenai sisi kehidupan lain sebagai inspirasi kepada masyarakat.

Menurut Ariff :

Sangat Mencintai Buku, Menyayangi Ilmu

Bila aku lihat pak cik ini punya bersungguh nak baca buku yang baru dibelinya sehingga menggunakan kanta pembesar memberi mesej kepada aku yang dia begitu mencintai buku.

Gambar : Ariff Khairuddin

Buku Sebagai Sumber Informasi Sepanjang Zaman

Orang sezamannya tidak punya gajet, tivi pun pada mereka yang mampu sahaja jadi bukulah yang menjadi bahan hiburan yang mengujakan. Beli banyak buku dah bagus tetapi perlu cari ruang untuk membacanya. Sahabat aku ada yang akan peruntukan sejam di waktu pagi.

Manakala, seorang lagi ketika waktu rehat tengah hari dia akan selitkan masa untuk baca buku di pejabat sehingga perlu sentiasa ada buku baru bagi menampung rutin itu.

Gambar : Reddit

Bahan Bacaan ‘Fizikal’ Bernostalgia

Bahan bacaan kini sudah boleh diperolehi dalam bentuk digital tetapi orang macam aku lebih suka membaca buku fizikal. Menghirup bau dan menyentuh helaian kertas itu satu nikmat buat mereka yang memahaminya sahaja tahu.

Gambar Hiasan

Membaca itu bukan untuk orang bijaksana tetapi untuk semua orang. Dalam Al Quran, surah Al-Alaq dimulakan dengan perkataan Iqra’. Maksudnya bacalah kerana membaca itu jambatan ilmu.

Sumber : Ariff Khairuddin 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.