Siakap Keli

Lahir Anak Atas Pokok Pelam Akibat Banjir, Berpaut Atas Dahan Sebelum Bantuan Tiba 2 Hari Kemudian

Melahirkan bayi di atas sebatang pokok mangga kedengaran tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku kepada seoarang wanita apabila rumahnya musnah akibat banjir dan taufan yang melanda Afrika Selatan bulan lalu.

Mangsa, Amelia yang juga ibu tunggal dikatakan memanjat pokok berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun ketika paras banjir semakin tinggi berikutan taufan idai yang melanda rumahnya di tengah Mozambique.

”Saya tak ada pilihan lain selain terpaksa memanjat pokok, saya bersendirian dengan anak saya. Kemudian saya mula rasa sakit dan tak ada sesiapa untuk membantu saya ketika itu.

”Dalam tempoh beberapa jam kemudian, saya melahirkan anak perempuan saya Sara ditemani anak lelaki saya di atas pokok mangga itu,” ,” katanya kepada wakil Unicef.

Namun apa yang lebih tragis, Amelia bersama anak-anaknya terpaksa bertahan di atas pokok itu dengan berpaut pada dahan selama lebih dari dua hari sehingga banjir mula surut dan jiran-jiran datang memberi bantuan kepada mereka.

Mereka kemudiannya dibawa tinggal di sebuah kemudahan penginapan yang terletak di Dombe.

Difahamkan, Taufan Idai melanda selatan Afrika pada Mac lalu dengan membawa sejumlah besar air yang menghanyutkan kediaman di kawasan pedalaman yang luas dengan air setinggi pokok.

Lebih daripada 700 orang telah disahkan meninggal dunia dan angka itu dijangka meningkat kerana komuniti terjejas bergelut dengan penyakit, termasuk kolera di mana wabak itu telah menular di Mozambique. Lebih dari 50,000 kediaman juga telah musnah.

Seramai lebih 100,000 yang terselamat masih tinggal di kem-kem perpindahan dengan bekalan akses air bersih yang sedikit. Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memberi amaran tentang ‘bencana kedua’ akan berlaku jika penyakit-penyakit seperti kolera dan malaria merebak.

Sumber : Fox News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.