Siakap Keli

“Macam mana Kalau Orang Nampak Saya Pegang ‘Pad’? Alami Pendarahan Kolon Sepanjang Latihan, Remaja Tak Putus Asa Walau Derita Kanser Tahap 3

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Usianya masih muda, cita-citanya juga tinggi namun keadaannya terpaksa membataskan beberapa perkara.

Walau bagaimanapun, semangatnya untuk terus kuat dan melawan ‘sakit’ itu menarik perhatian rata-rata netizen.

Mohamad Nor Imran menggunakan nama twitter @abernatron, diduga dengan kanser Lymphoma Hodgin pada tahun 2015 dan tidak hanya itu, tahun ini, dia didiagnosis pula dengan kanser kolorektal pada tahap 3.

Dia yang masih belajar, sentiasa bercita-cita mahu menjadi seorang pegawai tentera.  Bersama semangat yang jitu, Imran mengambil keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan, PALAPES DARAT selama 3 tahun.

Hari ini saya mendapat dua berita besar.  Pertama, saya dapat pengesahan bahawa tidak boleh ditugaskan sebagai Pegawai Tentera Muda selepas 3 tahun latihan.  Kedua, saya mendapat panggilan daripada hospital yang saya perlu memasukkan ‘chemo port’ di dada kerana keputusan kemoterapi sebelum ini tidak memuaskan.  Berita-berita seperti ini sedikit sebanyak menguji saya.  Saya menangis. Tapi, sejenak saya berfikir, ini bukan pengakhiran hidup saya dan untuk apa saya perlu berkabung?

Untuk pengetahuan, ketika ini saya terpaksa memakai pad dan lampin setiap kali kerana mengalami pendarahan daripada kolon.  Pada awalnya, saya rasakan ia begitu sukar.  Saya perlu tukar setiap kali nak solat.  Perasaan malu setiap kali nak tukar, macam mana kalau orang nampak saya pegang pad dekat tangan?

Saya juga mengalami loya dan muntah setiap hari. Sukar untuk saya tapi saya okay.  Ini semua akan berakhir tak lama lagi? Walaupun saya tak ditugaskan sebagai tentera bersama kawan-kawan pada Ogos ini, sya masih seorang pejuang kan? Walaupun saya ada chemo port di dada.

Tidak bermakna saya berbeza daripada yang lain? Saya tahu sesuatu yang baik menanti.  Tuhan tu tak kejam kan?

Sumber: Twitter

Nur Farra