Siakap Keli

Pasangan Ingin Jalani IVF Bakal Diberi Pelepasan Cukai – Menteri

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan hari ini memberitahu media bahawa kerajaan memahami usaha setiap pasangan berkahwin yang ingin memiliki anak memerlukan sumber kewangan yang banyak.

Memetik Bernama, kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan pelepasan cukai bagi pasangan yang ingin menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF).

“Ia merupakan cadangan yang baik, mungkin saya boleh angkat agenda ini untuk dipertimbangkan kerana bagi sebuah rumah tangga untuk mendapatkan zuriat adalah hampir segala-galanya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, kos bagi rawatan ivf memakan belanja antara RM4,500 hingga RM5,000 bagi sekali percubaan.

Tambahnya, caj tersebut belum termasuk ubat-ubatan kerana ditanggung kerajaan melalui subsidi.

Setakat ini, seramai 976 pesakit telah menjalani rawatan IVF di empat hospital kerajaan pada tahun lepas, dengan 189 orang berjaya hamil.

Nur Farra