Siakap Keli

“Sepatutnya Persembahan Tradisional, Lawak Jenaka,” Majlis Sanding Anak Cetus Kontroversi, Normah Damanhuri Akui Kesal

Minggu lalu, satu majlis persandingan pasangan pengantin yang merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri mengundang kontroversi di kalangan orang ramai.

Satu video rakaman menunjukkan majlis tersebut ‘dihidangkan’ dengan persembahan tarian seksi sehingga menjadi bualan netizen di media sosial.

Setelah mengundang pelbagai kontroversi, pelakon itu tampil membuat kenyataan maaf melalui laman instagram miliknya.

Assalamualaikum.. saya Normah Damanhuri menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan maaf diatas kekhilafan tentang majlis perkahwinan anakanda saya Ahya dan pasangan.

Untuk pengetahuan semua, sepatutnya persembahan opening itu sebenarnya persembahan tradisional, miming, lawak jenaka dan gurau santai dengan tetamu ala Bollywood.

Tak sangka pula pakaian mereka terlalu keterlaluan.  Saya sebagai wakil mohon maaf dan berjanji tak akan mengulanginya.

Nur Farra