Siakap Keli

“19 Tahun Terumbang-ambing Di Laut,” Terkejut Jumpa Bungkus Indomie Ulangtahun Ke-55 Indonesia Dalam Keadaan Baik

Umum tahu ancaman plastik terhadap alam sekitar.  Krisis pencemaran plastik berada di tahap yang membimbangkan sehingga haiwan seperti dolphin, paus, burung dan ikan ditemui terbunuh dengan perut yang dipenuhi plastik.

Sifat plastik itu tahan lama kerana mengambil masa ratusan tahun untuk reput bergantung kepada bahan yang digunakan.

Oleh sebab itu perkongsian individu ini melalui Twitter miliknya mengejutkan sesetengah netizen apabila menjumpai bungkusan indomie tertera ulang tahun 55 Indonesia yang dijumpai di pinggir pantai di Indonesia.

Ada juga individu lain yang berkongsi menemukan plastik sampah lama yang berasal pada zaman 80-an.

Sumber: Twitter Fia

Nur Farra