Siakap Keli

Boleh Bertukar Seperti Tranformer, NASA Kini Sedangkan Bangunkan Pesawat Dengan Sayap Boleh Berubah Bentuk

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT) ketika ini dalam proses membangunkan sayap pesawat baru yang boleh berubah bentuk ketika penerbangan seperti Transformer bertujuan untuk menjimatkan penggunaan minyak.

Walaupun masih diperingkat awal pembangunan, penggunaan sayap baru itu kelak membolehkan juruterbang mengawal bentuk pesawat ketika berlepas, di udara, ketika mendarat, meluncur dan membelok dengan bentuk yang lebih aerodinamik.

Salah seorang penyelidik menjelaskan bahawa mereka menggunakan bahan lebih ringan dan fleksibel bagi membolehkan sayap pesawat diubah.

Sebagai contoh, sayap baru itu mempunyai ketumpatan 5.6 kg per kubik meter berbanding sayap konvensional diperbuat daripada getah yang mempunyai ketumpatan 1,500 kg per kubik meter.

”Kami berjaya menambah keberkesanan pesawat dengan menyesuaikan bentuk pesawat kepada berat pada sudut pergerakkan pesawat yang berbeza,” kata salah seorang penyelidik Nicholas Cramer.

Ketika ini prototaip pesawat yang dihasilkan mempunyai sayap baru sepanjang 5 meter, sama panjang dengan sayap pesawat satu kerusi.

Walaupun ketika ini rekaan sayap baru itu dibangunkan secara ‘hand-made’ oleh penyelidik, namun NASA menjangkakan ia boleh dibina menggunakan robot di masa depan.

Transformer adalah filem terkenal ddengan watak robot Autobot dan Decepticon. Di dalam filem berkenaan, robot-robot berkenaan boleh berubah bentuk kepada pelbagai kenderaan termasuklah kereta, helikopter dan pesawat pejuang.

Sumber: Mirror UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.