Siakap Keli

“Bukan Lembaga, Kelibat Atau Jelmaan,” Pareidolia, Penjelasan Saintifik Penampakan Misteri Di Sebalik Daun Atau Dahan Pokok

Cuba imbas kembali, pernah tak anda lihat rimbunan daun, dahan pokok, longgokan batu, kumpulan awan, kepulan asap mahupun apa sahaja di sekitar anda membentuk rupa seakan-akan sesuatu? Ya, mungkin ia menyerupai wajah seseorang mahupun bentuk haiwan.

Jika anda merupakan peminat cerita seram dan mistik, pastinya anda sudah mula memikirkan bahawa itu adalah lembaga, kelibat atau penjelmaan sesuatu. Malah anda mungkin mula membayangkan seolah-olah anda telah melihat sesuatu yang misteri. Manakan tidak, pasti aneh bila hanya anda sahaja yang boleh melihat pembentukan ‘lembaga’ disebalik alam semulajadi seperti itu.

Kepulan asap mmebentuk seakan-akan raksasa (Gambar : Lifebuzz)
Dahan membentuk seakan-akan buaya (Gambar : Artist Network)
Batuan gunung seakan-akan wajah seseorang (Gambar : KickVick)

Pareidolia

Semua ‘penampakan’ itu sebenarnya mempunyai penjelasan tersendiri dan fenomena itu disebut sebagai Pareidolia. Pareidolia adalah kecenderungan seseorang untuk menafsirkan ransangan yang tidak jelas sebagai sesuatu yang diketahui olehnya. Contohnya ketika melihat bentuk dalam awan, melihat wajah dalam benda tidak hidup (pokok, dahan dan sebagainya), corak abstrak atau mendengar mesej tersembunyi dalam lagu (muzik) [1].

Antara contoh awal tentang Pareidolia berlaku pada tahun 1877 di mana beberapa keping gambar permukaan planet Marikh telah diambil melalui teleskop. Yang mengejutkan adalah apabila muncul wajah seolah-olah wajah yang mengerikan. Ia telah menjadi berita tergempar ketika itu. Namun ia sebenarnya hanyalah saluran dan lubang-lubang yang terdapat di atas permukaan Marikh.

Dengan keupayaan teknologi teknologi, teknik fotografi dan peralatan yang lebih canggih beberapa tahun selepas itu, imej-imej mengerikan itu telah ‘hilang’ dan penampakan itu merupakan disebut sebagai Pareidolia.

Permukaan Marikh (Gambar : Urbanghoststory)

Pareidolia dapat memanisfestasikan ‘dirinya’ dengan pelbagai cara. Ia juga melibatkan semua deria kita. Ada manusia yang selalu melihat pelbagai corak di dinding rumahnya, pada mulanya di merasakan ganjil dan meyeramkan. Namun setelah dikaji, jawapannya adalah berpunca dari kecekapan otak manusia yang sangat sensitif untuk ternampak bayangan wajah. Ini bermakna, semua yang dilihat olehnya hanyalah ‘pembiasan’ dari fikirannya.

Gambar : Weekand Notes
Gambar : Pinterest
Gambar : TW

Rujukan

[1] Jaekel, Philip. “Why we hear voices in random noise”. Nautilus. Dicapai pada 10 April 2019.

[2] Kitchin, C. R. Astrophysical Techniques, Sixth Edition. Taylor & Francis (2013). ISBN 9781466511156 p. 3

[3] Hannah Margerat Allen. (2018). This Is The Evolutionary Reason We Often See Human Faces Not On Human. Dicapai pada 10 April 2019

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.