Siakap Keli

Sah, Angelina Jolie Antara Watak Utama Filem The Eternals, Dikatakan Pegang Watak Sebagai Sersi

Filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) adalah siri filem superhero Amerika berdasarkan watak-watak yang diadaptasi dari komik terbitan Marvel Comics. Lebih menarik, hampir semua filem yang dihasilkan mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah peminat setia yang senantiasa mengikuti siri ini pastinya teruja menanti kemunculan filem baru.

Terbaru, Dikatakan bahawa Kumail Nanjiani yang merupakan seorang pelawak akan bergandingan bersama pelakon terkenal Angelina Jolie dalam filem The Eternals. Ia diadaptasi dari siri komik The Eternals  yang dihasilkan oleh Jack Kirby pada tahun 1976. Karakter dalam siri tersebut mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa, kebolehan untuk terbang, manipulasi molekul, atom serta keabadian (immortallity).

Antara Siri Komik The Eternals (Gambar : Comic Marvel)

Perbincangan yang diadakan oleh pihak Marvel Cinematic Universe itu ternyata mengesahkan ‘kehadiran’ Angelina Jolie dan beberapa orang pelakon lain dalam filem terbaru terbitan mereka. Walaubagaimanapun, karakter yang bakal dipegang oleh mereka masih belum diumumkan namun ada ramai yang boleh meneka bahawa Angelina Jolie bakal memegang watak Sersi iaitu wanita yang mempunyai kelebihan untuk hidup selama-lamanya.

Gambaran Watak Sersi Dalam Komik The Eternals (Gambar : Comic Vine)
Sersi (Gambar : Youtube)

Malah tular di media sosial ada pihak yang sudah memberi ‘gambaran awal’ bagaimana karakter Angelina dalam filem itu nanti. Namun ramai orang tidak menolak kemungkinan jika heroin kesayangan mereka itu akan diberi peluang memegang watak selain Sersi. Filem itu bakal diarahkan oleh Chloe Zhao dan pengambarannya akan dimulakan tahun ini.

Gambar : Geekthyrant

Sumber : Hollywoodreporter, Mirror.co.uk & cnet

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.