Siakap Keli

Sungguh Mengagumkan, Jurugambar Dedah Teknik Hasilkan Foto Sehebat Ini Dengan Menggunakan Barang Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menurut Spencer D. fotografi adalah seni, aplikasi dan amalan penciptaan imej dengan merakam cahaya atau radiasi elektromagnetik. Ia berlaku sama ada secara elektronik iaitu melalui sensor imej atau secara kimia di mana ia melalui bahan sensitif cahaya seperti filem foto.

Fotografi digunakan dalam pelbagai bidang sains, pembuatan (seperti fotolitografi), bidang perniagaan dan terutamanya bidang seni seperti filem mahupun penerbitan video. Malah sekarang, ia turut digunakan dalam tujuan  berekreasi, hobi dan komunikasi massa [1].

Nadzri Mohd Sharif dalam kajiaannya menyatakan bahawa fotografi ini dianggap sebagai ‘saksi’ peristiwa bersejarah dalam masa tertentu. Ia mampu mmeberi impak besar terhadap perspektif seni, kebudayaan, sejarah dan sosial. Malah ia juga merupakan medium komunikasi dalam bidang seni visual yang mempunyai perkaitan antara nilai dan prinsip estetika seni [2].

Mungkin semua orang merasakan diri mereka boleh mengambil gambar namun tidak semua gambar yang diambil itu mempunyai nilai.

Menjadi jurugambar bukanlah tugas yang mudah, banyak teknik dan ilmu tentang fotografi yang perlu mereka ‘hafal’. Bukan sehari dua anda boleh terus menjadi seorang jurugambar professional. Ia memerlukan masa, kemahiran dan pengalaman. Malah peralatan seperti kamera, lens atau tripod juga memakan kos yang tinggi.

Seorang jururgambar, Syahrin Yen Zaini telah berkongsi di sebuah group fotografi di laman Facebook telah berkongsikan tips dan trick untuk menghasilkan gambar yang begitu mengagumkan. Menurut Syahrin, untuk menghasilkan gambar yang cantik, latihan dan ilmu tentang lighting adalah penting.

“Kita dah boleh letak effect supaya lighting lebih kreatif. Kali ini saya gunakan tudung saji sebagai bahan kajian. Hanya guna satu flash. Untuk dapatkan bokeh (kabur) dalam rumah.”

Gambar : Syahrin Yen Zaini

Beliau menggunakan aluminium foil yang digumpal-gumpalkan sebelum dilekatkan di depan pintu rumah. Syahrin menggunakan lens 50mm wide aperture. Paling menarik, model yang digunakan adalah anak lelakinya snediri. Sahrin turut mengatakan bahawa beliau menggunakan apa sahaja yang ada dirumahnya dalam proses pembikinan gambar.

Ini adalah hasilnya :

Gambar :Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini

Syahrin mengatakan bahawa sekiranya anda sudah selalu praktis fotografi di dalam rumah, sekali-sekala boleh cuba berlatih untuk outdoor shoot pula.

“Guna satu atau 2 flash sudah memadai buat permulaan. Flash di letak seperti di dalam gambar (cross light)”

Gambar : Syahrin Yen Zaini

Syahrin menggunakan sehelai kain hitam sebagai latar (background) dan tepung untuk effect. Beliau sekali lagi menasihatkan untuk sentiasa berlatih untuk mendapatkan hasil gambar yang hebat. Boleh minta orang terdekat dahulu menjadi model dan apabila sudah cukup ilmu serta kemahiran barulah gunakan  model professional.

Lihat hasilnya, cukup mengagumkan!

Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini
Gambar : Syahrin Yen Zaini

Rujukan 

[1] Spencer, D A (1973). The Focal Dictionary of Photographic Technologies. Focal Press. p. 454. ISBN 978-0-13-322719-2.

[2] Nadzri Mohd Sharif. (2013). Kepentingan Imej Fotografi Dalam Kandungan Sosial. Fakulti Seni lukis dan Seni Reka, Jabatan Fotografi

Sumber : Syahrin Yen Zaini 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.