Siakap Keli

‘Engineer’ Pencen Jual Tanah Beli Sebuah Airbus Terpakai, Bagi Orang Miskin Dapat Merasa Naik Kapal Terbang

Seorang jurutera yang telah pencen di India menawarkan pengalaman yang tak ternilai buat masyarakat miskin di sana.

Bahadur Chand Gupta, 62 tahun dari Haryana, India membeli sebuah Airbus 300 tahun 2003 dengan harga sebanyak 600,000 rupees (RM35,000).

Di parkir di pinggir lapangan New Delhi, orang ramai dialu-alukan untuk merasai sendiri suasana dalam kapal terbang sebenar walaupun tidak bergerak.

Gupta yang dahulunya bekerja di bawah syarikat penerbangan, Indian Airlines mengenakan caj mengikut kasta sosial pengunjungnya.

Bagi mereka yang miskin, caj percuma diberikan manakala mereka yang berada dikelas menengah, caj sebanyak 65 rupees (RM3.80) dikenakan.

Selain memberi pengalaman dalam kapal terbang, Gupta turut menunjukkan bagaimana untuk mengawal pesawat dan mengosongkannya jika berada dalam keadaan kecemasan.

Turut menyediakan makanan kepada pelawatnya, Gupta berpendapat misinya untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman di atas udara tercapai.

“Saya dulu berasal dari sebuah kampung kecil di Haryana.  Ketika saya masih bekerja, orang-orang kampung sering bertanya bagaimana rasanya menaiki pesawat?”

“Ramai diantara mereka bertanya jika saya boleh membawa mereka masuk ke dalam lapangan terbang supaya mereka dapat melihat daripada jarak dekat.”

“Dalam perjalanan mengambil seorang kawan di lapangan terbang, entah bagaimana tercetus idea ini.  Kemudian, saya memutuskan untuk menjual tanah dan membeli Airbus.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra