Siakap Keli

(Video) “Ia Nampak Menghina,” Didakwa Mengejek Budaya Asia, Burger King Tarik Balik Iklan Makan Burger Guna ‘Chopstick’

Rantai makanan segera terkenal, Burger King telah disuruh menurunkan iklan tidak sensitif yang didakwa mengejek budaya makan masyarakat Asia.

Syarikat itu mendapat tindak balas selepas iklan tersebut dimuat naik melalui Instagram Burger King New Zealand.

Melalui iklan tersebut menunjukkan beerapa orang pelanggan cuba menikmati burger edisi terbaru keluaran mereka menggunakan penyepit.

Burger King Vietnamese Sweeet Chili Tendercrisp merupakan menu terbaru syarikat itu yang membawa elemen Asia didalam makanan segera tersebut.

Walau bagaimanapun, video iklan itu dipadam beberapa jam selepas dikecam tidak sensitif terhadap budaya dan adat resam negara Asia.

“Kami telah meminta francais di New Zealand untuk menurunkan iklan itu dengan segera,” kata Burger King dalam satu kenyataan pada Isnin lalu.

Salah seorang pengguna di Twitter menyifatkan iklan itu sebagai ‘Orientalisme’.

“Saya tak percaya iklan seperti itu boleh berlaku pada tahun 2019.  Saya tak percaya konsep sedemikian diluluskan oleh sebuah syarikat gergasi dan terkenal.”

Dia memberitahu CNN bahawa penyepit itu telah digunakan berabad lamanya.

“Ia nampak menghina dengan menggambarkan perkakas sebesar itu dan kaku.”

Sumber: CNN

Nur Farra