Siakap Keli

Demi Adik Ainul Mardhiah, Lelaki Ini Sanggup Jual Motosikal Miliknya Untuk Hulurkan Bantuan

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita adik Ainul Mardhiah yang mengidap ketumbuhan di bahagian mulut. Adik Ainul atau nama sebenarnya Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin yang lahir pada 13 Ogos 2018 dilahirkan sebagai bayi pramatang atau tidak cukup bulan. Ainul Mardhiah terus sahaja dihantar ke Wad Kecemasan sejurus selepas dilahirkan kerana doktor mengesan ada ketumbuhan di dalam mulutnya.

Setakat ini, Ainul Mardhiah sudah menjalani pembedahan seawal usia 10 hari dan selepas 3 bulan pembedahan tersebut ketumbuhan itu keluar sekali lagi dan doktor mengesahkan ketumbuhan itu adalah kanser. Ainul disarankan menjalani rawatan kimoterapi seawal usia 4 bulan dengan berat hanya 2.2 kilogram.

Bapanya, Ahmad Safiuddin melalui akaun Facebooknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan Ainul dan tidak kurang juga yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Terbaru, seorang lelaki melalui akaun Facebooknya, Khairul Nizam Yacob mengiklankan sebuah motosikal miliknya untuk dijual demi membantu adik Ainul dan meringankan beban keluarganya. Motosikal model skuter NVX jenama Yamaha itu disertakan dengan gambar dan kondisi masih berada dalam keadaan baik.

Khairul juga menyatakan harga motosikal itu ialah RM6000 dan motosikal itu juga lengkap dengan semua dokumen dan urusan pertukaran hak milik boleh terus dibuat sejurus pembayaran terus ke akaun ayah Ainul Mardhiah yang tertera di iklannya itu.

Usaha Khairul itu mendapat pujian wargamaya dan tindakannya itu perlu dijadikan contoh positif agar akan ada lebih ramai lagi rakyat di negara ini prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekitar kita.

Dari FB Khairul Nizam Yacob

Assalammualaikum, saya disini ingin melepaskan motor skuter NVX saya. Demi membantu adik kita ainul mardhiah dengan harga rm6000(enam ribu rggt sahaja) Enjin moto tiada masalah. Boleh jalan dan dah boleh tukar nama. (Nama saya)harap ada sesiapa yg dapat membantu. Motor asal nk buat autoshow. Motor dlm keadaan tak kemas dan harus perkemaskan dan terima seadanye. Motor seperti didalam gambar. Tengok dalam fb saya motor dalam keadaan macam mana.

 

Jawatan Kosong Siakapkeli

1. Penulis/Writter

  • Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berumur 26 tahun dan ke bawah
  • Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
  • Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Mempunyai minat dalam bidang penulisan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
  • Boleh berkerja Shift

2. Video Editor

  • Terbuka untuk lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berpengalaman dalam bidang video editing
  • Mempunyai perwatakan menarik
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Mahir Adobe Premiere dan Final Cut Pro

3. Pelukis Komik

  • Terbuka kepada mereka yang kreatif menghasilkan kartun
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi

4. Internship di Siakapkeli

Bidang dikehendaki Diploma/Ijazah (terbuka sepanjang tahun)

  • Media Kreatif
  • Bahasa Melayu
  • Masscomm (Journalism)
  • Multimedia/Animation
  • Seni Kulinari (Penyediaan Makanan)

Pengambilan untuk jawatan kosong adalah segera untuk kemasukan Mei 2019, Jika berminat e-mail resume (writter), resume & portfolio (video editor), resume & komik dengan kisah ringkas menarik (Pelukis Komik), hasil karya metilah dihasilkan sendiri ke [email protected]mereka yang terpilih akan dipanggil temuduga.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)