Siakap Keli

Dulu Dikecam, Kini Pada Umur 12 Tahun, Gadis Ini Mampu Beli Kereta BMW Sendiri Lepas Jadi Jurumekap Berjaya

Masih ingatkah anda dulu waktu kecil terutamanya bagi budak perempuan yang diam-diam mencuba barangan kosmetik milik ibu hanya untuk berdandan dan berangan dihadapan cermin?

Sama halnya dengan Natthanan, seorang gadis cilik berasal daripada Thailand yang sangat gemar bermain bersolek seawal usianya 4 tahun.  Ibunya menjadi salah seorang pendorong Natthanan untuk sentiasa memperbaiki kemahiran makeup dan memuat naik video anaknya di Facebook.

Kerana tindakan bersolek pada usia terlalu muda itu ada netizen bertindak mengecam perbuatan ibu Natthanan, bagi mereka terlalu awal untuk mengajar seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bersolek.

Tetapi, ketika menginjak usianya 9 tahun, Natthanan sudah dikenali seantero Thailand sebagai seorang jurumekap yang sangat terkenal serta mendapat hasil pendapatan yang lumayan daripada perkhidmatan yang diberikan.  Pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membeli produk kosmetik yang berkualiti tinggi untuk memastikan hasil solekan yang bagus.

Salah seorang gurunya yang menyedari potensi Natthanan untuk berkembang lebih jauh telah menghubungi salah sebuah sekolah solekan di Amerika Syarikat bagi membolehkan Natthanan diberi peluang belajar tentang kemahiran solekan dengan lebih advance di sana.

Tidak hanya sampai disitu, tuah Natthanan telah menjadikan gadis ini menjadi salah seorang penata rias wajah-wajah model diacara terbesar London iaitu di London Fashion Week.  Daripada situ, dia telah mendapat perhatian media antarabangsa yang ternyata kagum dengan kebolehan bakat gadis muda ini.

Terbaru, Natthanan berkongsi rasa bahagianya apabila berjaya mendapatkan kereta idaman, sebuah BMW sebagai hadiah hari jadinya.

Memiliki dengan hasil titik peluhnya sendiri, dia akui hadiah itu sebagai menebus penat lelah sepanjang kerjayanya sebagai jurumekap diusia muda.

Sumber: Facebook Nonpearpalearn

Nur Farra