Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kulit Gebu Dan Flawless Lepas Amal Bersihkan Wajah Guna Tomato

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tomato sememangnya mempunyai banyak khasiat dan manfat pada kulit wajah. Kajian dari pakar turut mendapati buah tomato bukan sahaja sangat baik untuk kecantikan dalaman mahupun luaran, namun ia turut mempunyai rasa yang sedap apabila dicampurkan ke dalam sesuatu sajian.

Bukan itu sahaja, buah tomato yang berwarna merah dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dengan kandungan vitamin apabila buah itu semakin tua dan matang. Tomato juga dipercayai mempunyai likopena iaitu sejenis antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Seorang wanita bernama Yatie Ahmad yang juga merupakan pengamal tegar skincare tomato yang dibuat sendiri baru ini ada berkongsi tips untuk anda mendapatkan kulit wajah yang lebih glowing dan flawless. Baca perkongsian dibawah.

Gambar Hiasan

Hari ni mumy nak share tips bersihkan kulit muka guna tomato.. mesti ramai yang ada masalah liang pori terbuka luas kan?? Haaa mumy nak share apa yg mumy amalkan selain dari skincare.. kita guna bahan semulajadi yg lebih selamat dan sihat…

Kalau nak kulit sihat sekali sekala kena guna bahan semulajadi, tapi kalau rajin amalkan setiap hari mmg cun la kulit muka kita.

Ada 3 cara kita boleh guna tomato ni.. Mumy share satu persatu, pastu uollss decide la nak try yg mana yerr…

Cara Pertama

Gambar: Yatie Ahmad

1. TOMATO & GULA 

Basuh muka dgn air suam. Belah 2 tomato tu, so boleh guna 1 pagi, 1 malam. Ambik tomato tu tekap permukaan kat gula, pastu gosok dan sental muka uollls. Jangan sental kuat sangat ikut tahap “tahan sakit” uollss semua ya. Jangan sampai luka dah la. Biarkan 5 minit, pastu bilas dengan air. Then keringkan dengan tuala besih tau!

Cara Kedua
Gambar: Yatie Ahmad

2. TOMATO YG DIBEKUKAN

Belah 2 tomato tu, dan masukkan dalam peti ais bahagian beku.. jangan campoq dengan ruangan ikan pulak tau! Keluarkan tomato yang dah beku tu, sental kat kulit muka uolls, sental sampai tomato tu macam dh habis seratnya. Pastu bilas muka uolls dgn air bersih then keringkan dengan tuala bersih. Buat pagi dan malam. Confirm cun!!!

Cara Ketiga
Gambar: Yatie Ahmad

3. TOMATO ASLI TANPA BAHAN LAIN :

Pilih tomato yg agak masak, lenyek keseluruhan tomato tu. Sapu dan ratakan pada kulit muka uolllss. Biarkan selama 15-20 minit. Then bilas dengan air besih. Keringkan muka dengan tuala bersih.

Sumber: Yatie Ahmad

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"