Siakap Keli
Gambar: Lipstick Alley

Padah Baling Lipas Guna Kasut Tersimpan Pistol Di Dalam, Lelaki Cedera Pistol Meletup Terkena Kakinya

Tindakan Seorang lelaki yang ingin membunuh lipas dengan mencampakkan kasut miliknya ke arah seekor lipas telah memakan dirinya sendiri selepas pistol yang didapati tersorok didalam kasut lelaki tersebut meletup mengeluarkan peluru ke arahnya secara tidak sengaja.

Lelaki yang berusia 50 tahun itu memberitahu pihak polis Detroit, Michigan bahawa dia ingin membunuh serangga itu dengan mencampakkan kasut ke arah lipas tersebut, namun secara tidak diduga sepucuk pistol jenis revolver yang tersorok di dalam kasut tersebut telah meletup dan melepaskan tembakan terkena salah satu kakinya.

Beliau kemudiannya digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Dia bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius dan dilaporkan stabil.

Jabatan Polis daerah Detroit menyatakan bahawa, insiden membunuh serangga dengan cara yang agak ekstrem sebegini bukanlah suatu kejadian yang asing pernah berlaku disini.

Ini kerana, pada tahun 2016, seorang lelaki dilaporkan melecur teruk selepas dia cuba untuk membakar pepijat yang terdapat di rumahnya.

Lelaki itu menyimbah kerusi yang dikerumuni serangga itu dengan alkohol lalu menyalakan sebatang rokok untuk membakar serangga tersebut. Rancangannya itu memakan dirinya sendiri selepas kerusi serta dirinya dijilat api yang sedang marak.

Insiden tersebut telah memusnahkan 4 buah rumah serta menjejaskan lebih 2o unit rumah yang berada di sekitarnya.

Pada tahun 2015 pula, seorang wanita yang bernama Sherry Young turut menggunakan cara yang sama iaitu menggunakan alkohol serta api untuk menghapuskan pepijat dirumahnya, namun hasilnya tidaklah begitu baik apabila 48 buah rumah yang berada disekitarnya musnah dijilat api akibat daripada tindakan wanita tersebut.

Susulan daripada kejadian itu, tiga orang daripada jabatan bomba dan penyelamat bersama dengan dua orang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat daripada kebakaran itu.

Sumber: Metro.UK

Aqmal Ezany

I write what is right