Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tak Nak Ayam Membusuk Dalam Peti Sejuk, Ini Tempoh Masa Simpan Bahan Mentah Yang Betul

Ramai di luar sana yang salah faham bahawa makanan beku selamat untuk digunakan jika disimpan di dalam tempat penyejuk beku dalam tempoh masa yang lama.

Berapa lama ayam boleh tahan dalam peti sejuk?

Menurut seorang wakil agensi kerajaan Amerika Syarikat, Foodsafety.gov, Claudia Sidoti memberitahu bahawa ayam boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga satu tahun.

“Jika ayam itu telah dipotong, ia biasanya boleh bertahan selama sembilan bulan.  Jadi disini, tempoh selamat ayam untuk digunakan akan menjadi singkat jika ayam telah dipotong,” kata Sidoti.

“Untuk hasil yang terbaik udara perlu ditarik keluar sebelum bungkusan ditutup.”

Dia turut memberi cadangan untuk mencatat tarikh penyimpanan pada bungkusan supaya mudah untuk mengenal pasti tempoh simpan barang di dalam peti sejuk.

Jadual had penyimpanan ini membantu makanan daripada rosak dan berbahaya untuk dimakan.  Garis panduan ini tertakluk kepada jumlah suhu 40 F dan 0 F.

Panduan asas penyimpanan makanan  diruang sejuk beku (freezer):

  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas atau beg plastik yang kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh  menyebabkan kekeringan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.
  • Potong dan bungkus daging, ayam, itik atau ikan di dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan. Saiz yang lebih kecil akan lebih mudah beku dalam masa yang singkat.
  • Bungkus makanan dengan bekas plastik atau plastik sejuk beku sebelum disimpan ke dalam ruang sejuk beku (freezer).

via GIPHY

  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di ruang sejuk beku.  Daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang sejuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelakkan kerosakan.
  • Nyahbeku bahagian yang diperlukan sahaja. Elakkan menyejukbeku semula  makanan yang telah  dinyahbeku.
  • Jangan simpan buah-buahan atau sayur-sayuran di ruang sejuk beku. Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran.
  • Jangan menyimpan beku makanan dalam tin. Kandungan makanan dalam tin itu akan mengembang pada tahap beku dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut.

Sumber: Foodsafety.gov, Eat This, Not That!

Myhealth Gov

Nur Farra