Siakap Keli
Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS

Tulang Dipercayai Milik Wanita Ditemui Di Kawasan UNITEN

Sepang : Tulang manusia dipercayai milik seorang wanita ditemukan oleh seorang juruukur yang sedang melakukan kerja-kerja mengukur tanah di sekitar kawasan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata juruukur itu bersama beberapa rakannya sedang mengukur kawasan berkenaan apabila dia terlihat terlihat selipar, pakaian dan bantal di salah satu ‘check point’.

“Dia kemudiannya menghampirinya dan menjumpai beberapa tulang besar yang dibalut dengan selimut yang disyaki tulang manusia,” katanya kepada media ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurutnya tempat kejadian merupakan sebuah kawasan hutan ladang getah terbiar di dalam kawasan universiti itu, kira-kira satu kilometer dari padang ragbi, dan 30 meter dari jalan tanah merah berdekatan pencawang eletrik.

Beliau berkata beberapa barangan lain ditemui di tempat kejadian termasuk cincin, gelang, jaket berwana gelap, tali pinggang serta pakaian dalam; namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui, dan berdasarkan pemerhatian awal beliau tidak menolak kemungkinan tulang itu sudah berada di tempat berkenaan kira-kira setahun lamanya sebelum ditemui hari ini.

Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar : Info Roadblock JPJ/POLIS

Abdul Aziz seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu untuk tampil bagi membantu siasatan, atau menghubungi terus Pegawai Penyiasat, ASP Wan Azirul di Ibupejabat Polis Daerah Sepang dengan menelefon 03-87774222 atau hubungi mana-mana balai polis yang berhampiran, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di