Perkahwinan merupakan sebuah ikatan suci dan tentunya ‘simpulan’ yang ideal menjadi idaman setiap orang. Namun kita sebagai manusia tidak sempurna, kita diciptakan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain. Sebuah perkahwinan bukan sahaja memerlukan cinta tapi ia memerlukan komunikasi, kepercayaan dan kerjasama.
Menurut pakar psikologi, Raymond Knee menyatakan bahawa setiap pasangan mempunyai kekurangan dan perselisihan yang berlaku walaupun terlihat ‘kecil’ ia mampu memberi impak yang sangat besar kepada sesuatu hubungan itu. Kadang-kadang punca mereka bergaduh hanya disebabkan pasangannya tidak menyelesaikan tugasan rumah seperti mengemas atau membasuh pinggan.
Raymond turut menjelaskan bahawa hubungan yang berjaya dan mampu bertahan dalam masa yang lama adalah apabila kedua pasangannya saling bertolak ansur, bekerjasama menjalankan komitmen dan saling menghargai [2]. Firdaus Shakirin, salah seorang pengguna Facebook telah memuatnaik hantaran yang ‘menyentak’ orang ramai tentang realiti alam perkahwinan.
Firdaus dalam hantarannya itu cuba memberi analogi kepada masyarat tentang betapa pentingnya perhargaan dan kerjasama dalam sebuah perkahwinan. Menurutnya :
Kita sebagai suami ni, kadang-kadang kita tak sedar ada perkara yang kita buat, yang isteri tak suka.
Cuba kita tukar tempat, isteri buat apa yg selalu kita buat. Apa jadinya.
Kita balik keje, tgok isteri kat ruang tamu. Kita g dapur buka tudung, xde makanan, baju penuh dalam mesin basuh, rumah berselerak. Kita tanya isteri,
“Awak tak buat apa2 ke kat umah?”
Isteri jawab,
“Tak sempat bang. Dari tadi saya sibuk dgn PuBG ni. YES! winner, winner chicken dinner!…bang, nanti saya habis main game, saya buat tau, tak pun abg pergi tapau luar je lah.”
Kita tengah makan, isteri cakap,
“Abg makan dulu, saya nak keluar lepak jap kat kedai mamak depan tu, member ajak, jangan risau, semua gegurl. Pinggan letak dalam sinki, jap lagi tado sendiri, tak yah tunggu saya balik. Mungkin saya balik lewat kot jap lagi. Saya bawak kunci umh siap-siap, bye bang”
Kita tengah relax-relax tengok tv, isteri cakap,
“Abg, ujung minggu ni saya dengan kawan-kawan nak pergi memancing. Tengahari atau petang saya balik la. Abg jaga anak-anak jap time sya takda kat umah, nanti saya bawwk balik ikan. Kita buat masak stim, tak pun 3 rasa. Air elok kalau nak mancing time-time macam ni.”
Ujung minggu, sedap-sedap tengah baca paper, isteri pakai helmet, jaket kulit, seluar jeans. Kita tanya,
“Nak ke mana tu yang?”
Isteri jawab,
“Alaa abg ni, lupa lettew, kan sya dah bagitau abg, hari ni saya ikut konvoi moto geng-geng Ysuku, kami ride pergi naik Genting, turun Cameron Highlands, lalu Cherating, pastu otw balik singgah kat Hadyai. Abg ni, benci taw. Abg nak kirim apa-apa tak ?”
What? Apa kita rasa?
Kita mesti nak dia duduk rumah dengan kita kan. Jaga anak, spend time sama-sama, buat keje rumah sama-sama, keluar jalan sama-sama, bersiar-siar dan sebagainya.
Mcm tu la yg isteri rasa. Bukan dia tak bagi kita main game, bukan dia tak bagi kita melepak, berkonvoi ride motor bagai tu tapi berpada-padalah. Jangan smpai kita melebihkan dan mengutamakan aktiviti luar lebih dari dia dan anak2. Dia pun perlukan kita dirumah walaupun tak buat apa2 tapi cukup sekadar ADA dirumah dengannya. Janji ada. Tu je.
Tak susah pun kan.
Rujukan
Sumber : Firdaus Shakirin