Siakap Keli
Gambar : Google

Dividen Bank Rakyat 13 Peratus, Dibayar 15 April

Cyberjaya : Dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 adalah sebanyak 13 peratus dan akan dibayar pada 15 April ini (Isnin), umum  Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof hari ini.

Beliau berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM379 juta kepada anggota.

“Pembayaran dividen masih tinggi meskipun trend pembayaran yang rendah dalam industri keseluruhannya,” katanya selepas melancarkan Garis Panduan Akreditasi Perusahaan Sosial di sini hari ini.

Mohd Redzuan berkata kadar dividen itu adalah baik di sebalik keadaan ekonomi dan cabaran yang dihadapi negara.

“(Kadar dividen) 10 peratus itu cukup bagus melihat kepada iklim ekonomi negara,” katanya.

Mohd Redzuan berkata kadar dividen berkenaan diumumkan selepas melakukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata Bank Rakyat akan mengumumkan prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan 31 Dis 2018 tidak lama lagi.

Bank Rakyat, yang merupakan bank koperasi Islam, adalah di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.