Siakap Keli

(Video) Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang, Netizen Dakwa Rasai Gegaran

Malam tadi tular satu video di laman Facebook dan Twitter tentang satu letupan dan kebakaran yang dikatakan berlaku di Johor. Menurut laporan dari Bernama, pihak Petronas telah mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, di sini kira-kira 1.25 pagi ini. Petronas berkata Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit.

Sementara itu, ada di kalangan netizen turut mendakwa turut merasa gegaran letupan berkenaan. Tinjauan Bernama seawal 6 pagi tadi mendapati laluan keluar masuk ke Pengerang sibuk dengan operasi dilihat berjalan seperti biasa.

Info terbaru mendakwa bahawa dua warga tempatan disahkan cedera dalam insiden kebakaran tersebut.

Berlaku satu letupan di Rapid Pengerang sekitar jam 1.30pagi tadi..Gegaran dan bunyi letupan kedengaran sehingga ke Kota Masai..Terdapat beberapa buah rumah penduduk berhampiran yang rosak akibat gegaran berkenaan… Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terlibat di sana.

Posted by Offshore Life on Thursday, 11 April 2019

https://www.facebook.com/japenjohor/videos/1150186988487735/

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.