Siakap Keli

”Mereka Bunuh Anak Saya,” Sebak Ratapan Bapa Anak Gadis Maut Dibakar Hidup-Hidup Oleh Rakan Sekolah

Seorang pelajar wanita di sebuah sekolah agama maut rabu lalu setelah melecur teruk akibat disimbah minyak tanah dan dicucuh api oleh sekumpulan pelajar wanita di sekolahnya.

Mangsa, Nusrat Rafi, 18, dikatakan diserang pada Sabtu lalu dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah yang terletak di daerah Chittagong, tenggara Bangladesh.

Serangan tersebut pada mulanya dikatakan berpunca selepas Nusrat dan keluarganya membuat laporan polis terhadap serangan seksual ke atas gadis itu yang didakwa dilakukan oleh pengetua sekolahnya.

Adik mangsa, Mahmudul Hasan berkata, dia menemani mangsa ke sekolah untuk mengambil peperiksaan pada hari serangan sebelum dimaklumkan oleh seorang individu bahawa Nusrat telah dipukul di bumbung bangunan.

Setibanya di sana, adik mangsa melihat Nusrat telah dipukul oleh empat orang individu berburka yang menyuruhnya menggugurkan laporan kesalahan seksual terhadap pengetua sekolah. Kemudian, suspek terus menyimbah mangsa dengan minyak tanah dan membakarnya hidup-hidup.

Hasan yang menyaksikan kejadian itu bergegas membawa Nusrat mendapatkan rawatan ke hospital terdekat sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh. Namun, gadis malang itu tidak dapat diselamatkan kerana melecur teruk hampir 80% menurut pegawai perubatan bertugas.

Gambar : BenarNews
Gambar : NTV Online

Keluarganya yang tidak dapat menyembunyikan rasa sebak ke atas apa yang berlaku terhadap Nusrat berharap pembelaan seadilnya dapat diberikan ke atas mangsa.

Ibu Nusrat, Shirin Akter yang terkejut dengan kejadian itu tidak dapat menyembunyikan rasa sebak menerima apa yang berlaku ke atas anaknya.

”Mereka bunuh anak saya, kami hanya mahukan keadilan,” kata ibu mangsa.

Gambar : Bapa Mangsa (tengah) tidak dapat menahan kesedihan – BenarNews
Gambar : Bangla Tribune

Adik mangsa juga memprotes kejadian itu dan akan mengadukan perkara tersbeut kepada perdana menteri bagi tindakan selanjutnya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Sheikh Hasina juga telah mengarahkan Nusrat diberi rawatan terbaik dengan mengarahkan mangsa untuk dihantar ke Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, beberapa jam kemudian, mangsa terpaksa bergantung dengan bantuan pernafasan dan keadaan itu tidak memungkinkan dia dihantar ke Singapura.

Menurut setiausaha Hasina, Ihsanul Karim yang memberitahu sumber mengesahkan perdana menteri telah mengarahkan penangkapan mereka yang terlibat. Setakat ini 7 orang dilaporkan telah dicekup, termasuk pengetua sekolah itu.

Sumber : BenarNews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.