Siakap Keli

Resipi Pearl Homemade, Cara Mudah Tapi Rasa Macam Di Kedai

Minuman ‘bubble tea’ sememangnya menjadi kegilaan dan tumpuan ramai kerana rasanya yang sedap. Daripada terpaksa beratur panjang demi mendapatkan minuman ini di kiosk, lebih baik anda cuba buat sendiri resepi ‘Pearl Homemade’ dengan cara yang mudah.

Perkongsian resepi oleh Su Abdullah ini boleh diikuti oleh semua di rumah. Dijamin bersih serta sangat menjimatkan masa anda. Paling penting dengan kos yang murah, anda boleh menikmati minuman lazat ini setiap hari.

Jom buat bubble/pearl macam dekat Coolblock/Chatime/Tealive

Mudah caranya. Jom belajar!

Resepi by Suzi Yanti Md Hane

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah:

 2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hitam secukupnya… sikit je tau
Sedikit air untuk menguli 
Gula 3 sudu besar untuk merebus pearl

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan.


Gentel kecil-kecil… sehingga siap… rebus dgn air gula sampai masak…(paling sedap gula melaka & siappppp…. pastu tu buatlah air apa yang korang suka… selamat mencuba..

Sumber : Su Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.