Siakap Keli

“Saya Sebenarnya Dilahirkan Di Pulau Pinang,” Saintis Malaysia Cipta Sejarah Terlibat Dalam Proses Rakaman Gambar ‘Black Hole’ Pertama Di Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rabu lalu, kita dikejutkan dengan berita penemuan lohong hitam atau lubang gelap raksasa yang berukuran tiga juta kali lebih besar dari bumi. Ia merupakan gambar pertama yang berjaya dirakam oleh pakar astronomi dan Lohong Hitam itu berada di satu galaksi yang jauh. Lebih menggemparkan, jisimnya adalah 6.5 bilion kali ganda dari matahari dan ia ternyata lohong hitam yang paling berat pernah wujud.

Gambar : NASA

Semalam (11 April 2019) sebuah program ‘First Results From The Event Horizon Telescope’ diadakan di Jabatan Fizik Universiti Malaya. Penceramah bagi program tersebut adalah Dr. Juan Carlos Algaba Marcos yang merupakan pensyarah di Jabatan Fizik Universiti Malaya.

Dr. Juan Carlos Algaba sewaktu memberi penerangan dalam program berkenaan (Gambar : Shahrin Ahmad)

Menurut Shahrin Ahmad yang merupakan salah seorang peserta program itu menyatakan bahawa Dr Juan Carlon menerangkan tentang Projek Event Horizon Telescope (EHT). EHT adalah satu konsortium antarabangsa yang melibatkan lebih 200 orang saintis dari 20 negara di seluruh dunia. Lebih membanggakan, salah seorang saintis yang terlibat dalam penemuan bersejarah itu adalah dari Malaysia.

Usaha kajian yang dilakukan oleh Projek EHT ini telah berlansung hampir 2 dekad. Dr. Juan menjelaskan bahawa kajian itu memerlukan kolaborasi banyak teleskop radio di seluruh dunia. Hal ini berikutan mereka memerlukan resolusi yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang bagus.

Ambil 2 Tahun Untuk Kemukakan Penemuan Ini

Lalu, mereka menggabungkan 8 buah teleskop yang berjaya mencapai resolusi sebesar bumi. Namun, cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka adalah untuk menyeragamkan data yang dirakam oleh 8 telekskop berbeza. Disebabkan itulah mereka mengambil masa 2 tahun untuk memproses data dan menyiarkan penemuan ini.

Teori General Relativity Itu Benar

Malah, keputusan cerapan secara lansung adalah penting dalam fizik dan itulah sebabnya mereka hanya mengemukan teori tetapi tidak pemerhatian sebenar. Dan mereka mengakui bahawa teori General Relativity yang dikatakan oleh Albert Einstein itu sememangnya wujud.

Saintis Dari Malaysia Terlibat Dalam Penemuan Bersejarah

Dalam program itu, Dr Juan tidak ketinggalan menyebut nama seorang saintis dari negara kita iaitu Dr Kevin Koay Jun Yi. Sebelum ini pada 29 Januari 2019 lalu, Dr. Kevin pernah berada dalam program yang dianjurkan oleh sebuah universiti tempatan. Dalam program tersebut, Kevin telah menyatakan bahawa dirinya terlibat dengan kajian Projek EHT.

Gambar : Physics Coffee Talk

Sebelum mula, Dr Kevin ada menjelaskan serba sedikit tentang dirinya :

“Saya sebenarnya di lahirkan di Penang, 18 tahun tinggal di sini berdekatan dengan Changkat Minden”

Beliau pernah menuntut di Multimedia University dan kemudiannya meyambung Ijazah Kedoktoran dari Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa, Universiti Curtin (2009-2013. Selain itu, Dr. Kevin juga merupakan Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Cosmology Dark, Institut Niels Bohr, Universiti Copenhagen (2013-2016) dan sekarang beliau adalah Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Academia Sinica Institute of Astronomy and Astrophysics (ASIAA) sejak dari tahun 2016.

Kumpulan Pertama Terlibat Dalam Projek Event Horizon Telescope (EHT)

Dalam video itu, Dr. Kevin juga menjelaskan bahawa beliau terlibat dalam pencerapan di James Clerk Maxwell Telescope di Mauna Kea, Hawaii yang melibatkan salah satu daripada 8 teleskop yang bergabung di bawah EHT. Selain itu, beliau adalah antara kumpulan pertama yang terdiri daripada 20 orang yang terlibat dalam kajian pencerapan imej Lohong Hitam.

Sumber : Shahrin Ahmad , Zamir Mohyedin & Asiaa Sinica

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.