Siakap Keli

Gempa ‘Gergasi’ 6.8 Skala Richter Gegar Sulawesi, Pihak Berkuasa Indonesia Keluarkan Amaran Tsunami

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat melaporkan bahawa telah berlaku sebuah gempa di Sulawesi, Indonesia. Memetik sumber Bernama, gempa bumi yang bermagnitud 6.8 pada skala Richter itu menggegar Sulawesi pada jam 7.40 malam tadi (12 April 2019).

Menurut kenyataan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berada 223 km di utara Kendari, di selatan Sulawesi. Tambah mereka lagi, gempa dengan kedalaman 10 km itu tidak menyebabkan ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Peta yang disediakan oleh Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menunjukkan pusat gempa bumi magnitud 6.8 yang melanda pulau Indonesia di Sulawesi pada 12 April 2019 (Gambar : CBS)

Amaran Tsunami Dikeluarkan

Akibat gempa kuat berkenaan, Pihak Berkuasa dan Agensi geofizik Indonesia turut memberi amaran Tsunami kepada penduduk pulau Sulawesi. Jurucakap Agensi Geofizik Indonesia menjelaskan bahawa penduduk di Sulawesi dinasihatkan supaya berpindah dengan kadar segera. Namun, setakat ini tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakkan yang dilaporkan.

Bagaimanapun, pihak agensi masih akan mengawasi sekiranya akan berlaku ombak tinggi selepas kejadian gempa itu. Beliau turut menjelaskan bahawa gelombang (ombak) pertama berkemungkinan tidak besar.

Sumber : CBS News

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.