Siakap Keli

‘Sarang’ Dirampas Buat Lapangan Terbang, Spesis Penyu Hijau Terpaksa Bertelur Atas Jalan Tar

Gambar seekor penyu menetaskan telurnya diatas jalan raya tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku apabila ‘sarangnya’ kini dalam pembinaan menjadi sebuah lapangan terbang di salah satu daerah di Maldives.

Menurut sumber, spesis penyu hijau ini dikatakan semakin pupus kerana kebanyakkan pemburu haram memburu telur dan dagingnya sebagai makanan eksotik.

Lapangan terbang Maafaru bakal siap pada Ogos depan dengan ukuran 7,200 panjang yang boleh menempatkan sebanyak 6 buah jet terbang.

Kawasan pantai itu bakal menjadi kawasan perhotelan dan resort bagi tumpuan pelancongan.

Rakyat tempatan dalam masa sama memberitahu media bahawa penyu itu akan kembali ke pantai setiap kali mahu menetaskan telur, namun kali ini, jalan raya menjadi ‘sarangnya’.

Ia dilaporakan telah dilepaskan ke laut dalam keadaan yang baik.

Sumber: Daily Mail, Twitter Adam Nasym

Nur Farra