Siakap Keli

Tiga Tahun Berlalu, Ini Khabar Terbaru Omran Daqneesh, Mangsa Serangan Aleppo, 2016

Ingatkah anda lagi dengan Omran Daqneesh?

Seorang budak lelaki Syria, berusia 8 tahun yang telah mendapat perhatian media antarabangsa selepas rakamannya terselamat dari serangan udara tersebar di media sosial.

Daqneesh hampir dihempap runtuhan bangunan pada 17 Ogos 2016 dalam serangan bom di kejiranan Qaterji yang dikuasai pemberontak timur Aleppo.

Gambarnya yang kebingungan, parah, terkejut dan terdiam mencetuskan emosi yang bercampur baur dari seluruh dunia.

Kemarahan global turut tercetus kerana serangan itu telah menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak menjadi mangsa.

Antara yang terkorban adalah abangnya, Ali yang ketika itu baru berusia 10 tahun, akibat cedera parah.

Ali disahkan meninggal dunia oleh sebuah rangkaian aktivis di sebuah bandar terpisah di utara negara itu.

Walau bagaimanapun, Omran dan ibu bapanya selamat apabila berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat daripada runtuhan namun mengalami cedera parah.

Hari ini, Omran Daqneesh kelihatan sihat dan bahagia bersama ahli keluarganya yang lain.

Semoga kanak-kanak di sana dilindungi dengan doa iringan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus.

Sumber: Facebook Have You Seen Omran, Daqneesh, Twitter

Nur Farra