Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi bualan apabila karakter antogonis yang dibawa menerusi drama siri Nur menjadi perhatian.
Memenangi Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru membuktikan lakonannya ternyata memberi impak kepada penonton.
Walau bagaimanapun, kehebatannya lebih terserlah apabila meruntun hati penonton yang menyaksikan cerekarama Restu Ayah yang menampilkan dirinya dalam sisi yang berbeza.
Bukan sahaja orang dewasa, penonton cilik turut terkesan dengan watak yang disampaikan menerusi slot malam tadi.
Cerekarama Restu Ayah menceritakan kisah seorang anak, dilakonkan oleh Raja Atiq yang sudah biasa dimanjakan ibu bapanya, namun suatu hari, insiden hebat berlaku hingga menyebabkan ibunya terkorban manakala ayahnya mengalami ketidakupayaan fizikal.
Masih muda untuk melalui semua itu, Azlan menuduh ayahnya sebagai punca sehingga tercetus dendam dan amarah.
teruk anak aku meraung sebab drama malam ni. power teruk bang! @azhanrani #restuayah pic.twitter.com/3K1gZHa8L1
— EK (@eleanakamal) April 13, 2019
lama kitorang pujuk naquib dan convince kata ni semua lakonan. dia tak percaya. betul real lakonan @azhanrani dan Raja Atiq #RestuAyah pic.twitter.com/pwuNMVfYBL
— EK (@eleanakamal) April 13, 2019
Azhan sendiri melalui Instagram miliknya turut berkongsi rasa sebak, kerana tidak menyangka mendapat sambutan sehebat itu daripada para penonton terutama kanak-kanak.
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia
Sumber: Instagram Naquib Raykal, Instagram Eleanakamal, Twitter Eleanakamal, Instagram Azhan Rani