Siakap Keli

(Video) “Teruk Anak Aku Meraung,” Lakonan Mantap Azhan Rani Beri Impak Emosi Sampai Penonton Cilik Ini Terkesan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi bualan apabila karakter antogonis yang dibawa menerusi drama siri Nur menjadi perhatian.

Memenangi Anugerah Pelakon Antogonis Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru membuktikan lakonannya ternyata memberi impak kepada penonton.

Walau bagaimanapun, kehebatannya lebih terserlah apabila meruntun hati penonton yang menyaksikan cerekarama Restu Ayah yang menampilkan dirinya dalam sisi yang berbeza.

Bukan sahaja orang dewasa, penonton cilik turut terkesan dengan watak yang disampaikan menerusi slot malam tadi.

Cerekarama Restu Ayah menceritakan kisah seorang anak, dilakonkan oleh Raja Atiq yang sudah biasa dimanjakan ibu bapanya, namun suatu hari, insiden hebat berlaku hingga menyebabkan ibunya terkorban manakala ayahnya mengalami ketidakupayaan fizikal.

Masih muda untuk melalui semua itu, Azlan menuduh ayahnya sebagai punca sehingga tercetus dendam dan amarah.

Azhan sendiri melalui Instagram miliknya turut berkongsi rasa sebak, kerana tidak menyangka mendapat sambutan sehebat itu daripada para penonton terutama kanak-kanak.

 

 

View this post on Instagram

 

sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal.. aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.. [email protected] masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.. tq atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa #jomkecamayahaji #jomkecamamirul #nur2 @tv3malaysia

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia

Sumber: Instagram Naquib Raykal, Instagram Eleanakamal, Twitter Eleanakamal, Instagram Azhan Rani

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Editor: Siakap Keli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di