Siakap Keli

Bawa Telefon Pintar Pun Dah Boleh Kenyang Di KFC, Bayar Je Guna Maybank QRPay, Mana Tahu Ada Rezeki Menang Samsung Galaxy S10

Korang tahu tak, mana-mana restoran makanan segera KFC sekarang semua dah boleh bayar menggunakan Maybank QRPay. Apa itu QRPay? QRPay ini adalah satu aplikasi baru dari Maybank ke arah dunia tanpa tunai. Maybank QRPay ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan cuma perlu muat turun aplikasi Maybank ke telefon pintar korang. Cara guna pun mudah sahaja, korang pergi mana-mana restoran KFC, order mana-mana menu KFC yang korang nak makan dan scan sahaja kod QR yang ada di depan kaunter KFC tapi pastikan ada duit dalam akaun dulu ya. Kalau tidak macam mana nak bayar dan lepas ni korang tak payah lagi bawa dompet atau hand bag yang berat tu nak makan di KFC. Bayar guna QR kod sahaja. Mudah kan.

Korang suka sangat makan KFC? Ini ada berita baik untuk korang. Berbelanja minimum RM10 di restoran KFC, tak kisahlah menu apa yang korang nak pilih, Snack Plate ke Dinner Plate ke ataupun beli sahaja KFC Chicken Popcorn dan Cheesy Wedges asalkan RM10 ke atas korang berpeluang memenangi telefon pintar Samsung Galaxy S10 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Tapi dengan syarat kena bayar menggunakan Maybank QRPay yang macam aku ajar sebelum ini. Ingat tau, minimun RM10, beli apa-apa menu di KFC dan bayar guna Maybank QRPay. Mudah kan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Maybank.

 

Bila korang berkunjung ke restoran KFC sekarang, macam-macam menu menarik ditawarkan dengan harga pun berpatutan. Terbaru, KFC baru sahaja buat ‘Come Back’ dengan keluarkan semula Hot and Spicy Chicken Popcorn yang pernah jadi kegilaan satu ketika dulu. Lepastu KFC keluarkan juga KFC Zinger Ghost Pepper dengan roti berwarna pink ditambah pula dengan kepedasan Ghost Pepper iaitu antara cili terpedas di dunia. Memang kegemaran rakyat Malaysia makan makanan pedas-pedas ni. Satu lagi info nak bagi tau, Maybank QRPay ini boleh digunakan di semua cawangan KFC seluruh Malaysia tau.

Selain Samsung Galaxy S10, Maybank nak bagi lagi hadiah untuk korang yang suka sangat makan KFC dan rajin guna Maybank QRPay ni. Kali ini Maybank nak bagi Cenderahati QRPay edisi terhad yang tiada jual di mana-mana kedai. Caranya mudah sahaja, korang rekod video yang kreatif masa korang tengah makan KFC tak kisahlah kat rumah atau di restoran KFC kemudian post video korang tu dengan komen yang kreatif di ruangan komen FB post Siakap Keli ini dan jangan lupa tinggalkan hashtag #MaybankQRPay untuk mudahkan kitorang pilih korang sebagai pemenang.

Selain QRPAy, Maybank juga ada perkenalkan platform e-wallet yang terbaru dalam aplikasi Maybank. Maybank E-Wallet atau MAE. Memandangkan Maybank ke arah dunia tanpa tunai mesti wajid ada platform e-wallet sendiri. Macam mana nak daftar akaun MAE ini? Mudah sahaja tapi pastikan korang berumur 12 tahun ke atas tau.

1. Download aplikasi Maybank pilih ‘Apply Online’

 

2. Pilih ‘MAE Create My Amzing E-Wallet’

 

3. Klik ‘Experience MAE Now’

 

4. Klik ‘Confirm’

 

5. Dah siap akaunMAE korang

 

6. Dah boleh to up dan bayar guna akaun MAE ni.

 

Untuk pengetahuan korang, akaun MAE ini juga boleh didaftar kalau korang bukan pelanggan Maybank. Cuma perlu ikut step di atas je. Macam-macam korang boleh bayar guna akaun MAE ni contohnya bayar tiket wayang, tiket kapal terbang dan boleh juga split bill kalau korang keluar makan dengan kawan-kawan dan nak bayar asing-asing.


Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)