Siakap Keli

“Budak Ni Biar Betul, Terus Capai Minyak Cap Kapak,” Ingatkan Kena ‘Prank’, Anak Murid Sanggup Jual Lukisan Nak Bagi Cikgu Hadiah Hari Guru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seorang guru ibarat ibu bapa kedua apabila berada di sekolah. Guru memegang amanah yang besar untuk mendidik pelajar dan menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.

Pastinya semua guru ingin melihat semua pelajar mereka berjaya dalam kehidupan. Peranan guru di sekolah sama pentingnya dengan tugas ibu bapa di rumah.  Sama-sama mahu mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan agama.

Kisah seorang anak murid menghadiahkan wang tunai sebagai menghargai jasa gurunya menarik perhatian ramai orang.  Tak sangka setinggi itu kedudukannya dilihat di mata seorang anak murid yang masih bersekolah rendah.

Mula-mula aku ingat si Farhana ni saja je buat prank untuk menceriakan aku.  Aku just senyum je lah.

Tiba-tiba tergerak hati nak buka sampul pink ni.  Selak-selak, eh! Dia bagi sampul prank la RM50.

Buka lagi tengok ada RM50. Terus capai minyak cap kapak.  Budak ni biar betul???

Farhana dikatakan menjual lukisan yang dilukis dengan harga antara RM1 dan RM2 kepada rakan-rakannya.

Hasil yang diperoleh daripada hasil jualan lukisannya itu disimpan dan dihadiahkan kepada guru kesayangan, Cikgu Aziz.

Terharu dengan tindakan anak muridnya, Cikgu Aziz memberitahu bahawa duit itu disumbangkan ke dalam tabung kelas yang digunakan bagi aktiviti bersama seperti jamuan agar semua murid dapat merasainya.

Dia menambah, bukan ringgit menjadi ukuran, ucapan daripada anak-anak muridnya lebih bermakna.

Sumber: Cikgu Aziz, Gps Bestari

Nur Farra