Siakap Keli

Lan Pet Pet Didenda RM2,000 Pukul Pengawal Keselamatan

Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, setelah mengaku bersalah mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Nilai.

Majistret Mayon Yusof mengenakan denda berkenaan selepas Mazlan, 49, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 6 April lepas.

Mazlan yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut.

Dia didakwa memukul dan menumbuk pengawal keselamatan Yahya Manap, 68, kira-kira pukul 8 malam, di Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqh Mahroob.

— BERNAMA

LAN PET PET DIDENDA RM2,000 PUKUL PENGAWAL KESELAMATAN

Nur Farra