Siakap Keli
Gambar Hiasan

Majikan Perlu Pastikan Pekerja Cukup Rehat, Elak Kemalangan Di Tempat Kerja

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Majikan digesa untuk memastikan pekerja mereka mempunyai rehat yang mencukupi sebelum atau selepas bekerja bagi menghindarkan kemalangan di tempat kerja, kata Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ir Saiful Azhar Mohd Said.

Beliau berkata keadaan kelesuan boleh menyebabkan seseorang pekerja hilang tumpuan ketika menjalankan tugasan termasuk dari segi kemahiran fizikal dan mental, keupayaan refleks, kehilangan pertimbangan untuk membuat keputusan yang akan menjurus kepada kemalangan.

“Sebab itulah pentingnya waktu rehat supaya pekerja berasa segar semula malah ada negara yang memperkenalkan nap time (meridap) untuk pekerja mereka…pekerja juga tidak sepatutnya bekerja terus-menerus untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan kepenatan melampau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kelesuan & Pengurusan Tidur di Institut Jantung Negara di sini hari ini.

Beliau berkata isu kelesuan dan ketiduran dipercayai merupakan antara penyumbang utama kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja termasuk kecederaan dan kematian, namun ia tidak pernah dilaporkan.

“Bila kami terima aduan mengenai kemalangan tempat kerja, tiada langsung mengenai kelesuan atau ketiduran sedangkan kalau bekerja dalam tempoh panjang pasti berlaku keletihan…kami percaya ada, cuma ia tidak pernah dilaporkan.

“Ekoran ketiadaan aduan membabitkan kelesuan dan ketiduran, banyak pihak tidak menyedari bahayanya isu kelesuan dan ketiduran kerana punca sebenarnya tidak ditekan…majikan pula mengutamakan produktiviti tetapi mengabaikan isu kelesuan pekerja mereka,” katanya.

Beliau berkata isu kelesuan dan ketiduran seharusnya dipandang serius, sama seperti punca kemalangan di tempat kerja lain seperti kekurangan latihan dan penggunaan mesin tidak selamat.

— BERNAMA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.