Siakap Keli
CBS News

Bantu Kurangkan Ketakutan Kanak-Kanak Sebelum Pembedahan, Hospital Ini Patut Diberi Pujian

Operasi pembedahan boleh menjadi satu pengalaman yang menakutkan, mendebarkan dan mungkin juga membuat pesakit menjadi stress terutamanya bagi pesakit kanak-kanak.

Walaupun perkara tersebut sukar untuk dilalui pesakit tetap harus menjalani pembedahan kerana tahu perkara tersebut boleh mendatangkan kemaslahatanyang amat mereka harapkan.

Tetapi, bagi pesakit kanak-kanak, mereka tidak tahu apa-apa tentang proses tersebut dan memisahkan mereka dengan ibu bapa mereka hanya untuk ditempatkan di tempat pelik yang penuh dengan lampu dan alatan bedah mungkin boleh menyebabkan ketakutan kepada mereka.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh pihak hospital untuk mengurangkan rasa takut yang dialami oleh mereka? Mungkin dengan menyediakan prasarana yang yang lebih santai seperti menjelajah wad dan bilik bedah dengan menggunakan sebuah kereta mainan.

CBS News

Doctors Medical Center di Modesto, California telah membuat satu tindakan dengan membiarkan pesakit kecil mereka memasuki dewan pembedahan dengan menggunakan sebuah kenderaan mainan automatif yang direka khas buat kanak-kanak. Hal ini membolehkan pesakit cilik ini masuk ke dewan pembedahan dengan gaya dan senyuman lebar di wajah mereka.

Kereta mini lucu yang direka khas untuk kanak-kanak antara 2 hingga 7 tahun itu boleh menempatkan pesakit dengan begitu selesa sekali. Pesakit cilik tersebut juga diberi pilihan untuk memilih untuk menaiki dua warna pilihan kereta kegemaran mereka iaitu Beetle merah jambu atau Mercedes Hitam.

Yahoo

Kereta tersebut boleh dikendalikan oleh kanak-kanak sendiri atau menggunakan alat kawalan jauh dan dilengkapi dengan lampu depan dan belakang yang berwarna-warni. Kereta tersebut juga turut dilengkapi dengan radio supaya pesakit cilik ini boleh memilih untuk mendengar muzik yang boleh membuatkan mereka selesa sebelum operasi pembedahan dilakukan.

AWorkstation.com

“Apabila kanak-kanak mendapat tahu mereka boleh menaiki kenderaan untuk ke dewan bedah, kebanyakan daripada mereka akan kurang menangis dan berasa lebih gembira. Kini, mereka tidak lagi takut untuk ke dewan bedah”. Kata Kimberly Martinez, jururawat pra-operasi di Doctors Medical Center.

Menurutnya lagi idea tersebut merupakan buah fikiran dia dan rakan sejawatan yang sering gelisah melihat ramai pesakit kanak-kanak tidak mahu memasuki dewan bedah sehingga ada diantara mereka menangis tanpa henti.

Berikut merupakan salah satu video seorang pesakit cilik yang memandu kenderaan Beetle merah jambu memasuki dewan bedah tanpa sebarang rasa takut dan tekanan.

Sumber: Bored Panda

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"