Siakap Keli

Motosikal Dirampas Milik Isteri, Risau Isteri Marah, Peragut Datang Balai Polis Sambil Menangis

Ragut merupakan satu jenayah yang melibatkan penunggang motosikal dan kebanyakkan dari mangsanya adalah wanita yang menyandang beg tangan ketika berjalan kaki. Pelbagai cara yang sudah dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kadar jenayah tersebut.

Namun indeks jenayah ragut dan samun pada tahun 2017 di Kuala Lumpur dikatakan meningkat dari 640 kes kepada 1,010 kes. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menyatakan bahawa peningkatan jenayah ini disebabkan oleh sikap orang ramai yang kurang cakna tentang barangan sendiri sekaligus memberi peluang kepada penjenayah untuk bertindak [1].

Peragut yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 402 Kanun keseksaan yang memperuntukkkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Semalam, satu kejadian ragut telah berlaku dan tular di media sosial terutamanya laman Facebook. Namun kejadian kali ini ternyata berbeza sedikit dengan kes yang selalunya terjadi. Ayus Haiqal berkongsi tentang satu insiden ragut yang menimpa dirinya. Hantarannya itu telah mendapat lebih dari 15,000 likes dan 6,700 shares.

Ayus Haiqal menceritakan bahawa kejadian ini berlaku kepadanya minggu lepas iaitu hari jumaat. Ayus mengatakan bahawa beliau diragut di pekan lama Kuala Selangor berhampiran sebuah bank. Peragut itu melarikan diri dan meninggalkan motornya tanpa mematikan enjin. Lantas, Ayus mengambil tindakan pantas dengan membawa motor penjenayah itu ke balai polis.

Peristiwa Bertukar ‘Jenaka’

Ketika berada di balai polis untuk membuat laporan, tiba-tiba muncul penjenayah tadi sambil menangis-nangis. Peragut itu dikatakan datang ‘menyerahkan diri’ ke balai polis kerana motor yang ditinggalkan tadi adalah milik isterinya.

“Sebab motor tu, motor bini dia. Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut. Tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. Satu balai gelak. Bodoh betul la. Akak pun gelak jugak.”

Diakhir status berkenaan, Ayus sempat mengucapkan terima kasih pada mereka yang membantunya untuk mengejar peragut pada hari kejadian. Sementara itu, pengguna laman terbabit tidak ketinggalan untuk ‘membawang’ tentang insiden itu.

Kuasa Bini Lagi Kuat

Gambar : Ayus Haiqal

Tak Tahu Nak Gelak Ke Marah

Gambar : Ayus Haiqal
Gambar : Ayus Haiqal

Simpati Tak Dapat Tahan Ketawa

Gambar : Ayus Haiqal
Gambar : Ayus Haiqal

Rujukan

[1] Mohd Syazwan. (2017). Dicapai dari Kes Ragut dan Samun Meningkat pada 16 April 2019.

Sumber : Ayus Haiqal

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.