Siakap Keli

“Defect Liability Period” Pemilik Boleh Tuntut Pemaju Betulkan ‘Kecacatan’ Rumah Secara Percuma Selepas Terima Kunci

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Faktor kegawatan ekonomi dan sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai yang merasa sukar untuk memiliki rumah sendiri. Dengan harga ratusan ribu hingga jutaan ringgit, rumah yang diidamkan semestinya diharapkan berbaloi dengan wang ringgit yang dikerahkan untuk memilikinya.

Namun, ramai yang merasa kesal apabila rumah yang diberi oleh pemaju tidak seindah seperti yang dijanjikan. Seperti satu video yang tular baru-baru ini apabila seorang pembeli berang dengan memecahkan rumah yang dibeli dengan harga jutaan ringgit kerana tidak menepati kualiti selayaknya.

Benar, anda mempunyai hak sebagai seorang pembeli. Tetapi benarkah tindakan untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan cara seperti ini? Perkongsian oleh seorang Interior Designer berpengalaman, Ahmadkhairul Sabirin daripada Deco Guru mungkin boleh memberi manfaat kepada semua.

Baru ni tular video Chinese uncle ni tak puas hati kualiti unit rumah yang dia beli berdekatan dengan KLCC. Harga unit ni boleh tahan lah mahal, around RM 2500 per square feet jadi harga unit tu around RM 2 juta lah juga at least.

Tak tahan dengan kualiti katanya tak nampak luxurious or sama level dengan harga RM 2 juta, dia telah bawak hammer dan pecahkan meja kaca. Power ! Tak cukup power lagi, dia hentak lantai marble tu berkali-kali pasal banyak crack katanya.

Kita tengok ni memang seronoklah pasal berani gila uncle ni hentak sana sini, campak kerusi sana sini. Aku tunggu juga dia pecahkan pintu sliding door tu, aish dia stop pula.

Ok, cerita dia adakah ini cara terbaik untuk menzahirkan perasaan tak puas hati dapat property tak seperti yang digambarkan? Ya ini bukan lah caranya. Walaupun uncle ni menang sorak, boleh jadi dia hilang wang lagi banyak lepas ni.

Defect Liability Period secara percuma selama 24 bulan

Pernah dengar Defect Liability Period? Ini adalah tempoh bila kita dapat ‘vacant possession ( dapat kunci ), dimana dalam tempoh ini, developer bertanggunjawab untuk selesaikan semua defect yang owner nampak, secara PERCUMA. Tempoh DLP ini ialah 24 bulan, lama tu.

Kiranya uncle ni sebenarnya tak perlu pun hentak lantai tu, itu adalah tindakan bahaya. Kena ingat bawah pun ada rumah juga, kalau lah uncle tu hentak lantai tu kejap lagi unit bawah kipas jatuh kena owner lain, tak ke dah kena saman nanti. haha.

Uncle ni hanya perlu mark sahaja dengan pelekat atau tag saja dekat mana defect tu. Ambil gambar, isi borang defect dan bagi ke developer. Biasa aku tengok bergaduh di ofis lah time nak bagi borang ni, hentak hentak belum pernah terjadi.

Tak perlu bawak hammer ke hulu hilir. Mana ada defect, developer akan tukar. Boleh jadi juga tile ni texture dia memang macam tu, ada hairline texture yang uncle ni ingat crack. Pun boleh jadi. Apa pun jangan hentak sebarang, mark dan notify developer.

Perabot macam beli atas talian.

Isu lain ialah uncle ni kata tak up to luxury style furniture yang dia dapat. Ini aku setuju, pasal nampak macam beli Lazada saja. Sepatutnya bagi lah furniture yang besar sikit dan design yang lebih luxury. Developer patut peka dengan furniture selection yang nak diberi kepada buyer. Interior Designer mesti lah approve dulu sebelum kontraktor beli. Takkan approve design macam tu kot.

Dalam master bedroom pun pakai loose furniture. Memang after thought design lah ni. Sepatutnya kena lah buat custom built in furniture, baru kena dengan harga.

Tarik sliding door pakai lubang

Bila dia tarik sliding door pun, nampak pakai lubang saja dan struggle juga akak tu nak tarik. Maknanya sliding door tu tak smooth untuk tarik. Ini pun boleh raise issue ke developer juga. Sepatutnya sliding door tu boleh ditarik dengan kekuatan satu jari sahaja. Itu belum kira lagi OKU boleh tak tarik sliding door tu.

Kiranya ada betul lah complaint uncle tu. Developer pun bukanlah calang-calang developer, memang banyak buat luxury apartment sekitar KL pun. Developement ni pun dekat sangat dengan KLCC, sure lah owner expect lebih dari biasa.

9 langkah perlu dibuat bila dapat rumah baru

Jadi bila kita dapat rumah baru, apa perlu kita buat ? Adakah kita perlu hancur kan sana sini juga? Jangan. Follow lah step ni.

1. Periksa lah luas lantai rumah sama tak dengan floor plan yang diberi dalam SPA. Bawa measuring tape.

2. Periksa bilangan lampu, electrical point dan soket. Sama tak number tu dengan SPA. Periksa sekali TV point, broadband, fan hook siling dan lampu gantung jika ada.

Jangan lupa juga benda ni :
– Check brand model barang elektrik
– Sink, tap dan toilet bowl punya brand.
– Fridge/oven/stove cooker hood punya brand.

3. Periksa kitchen kabinet, adakah material sama dengan apa yang telah dijanjikan developer. Bila beli developer kata dapat marble, bila siap developer bagi High Press Laminate. Maka saya sarankan anda sediakan lah sledgehammer dan duduk di depan pejabat developer. haha. Kalau pecah kitchen kabinet tak dapat ganti baru ya!

4. Periksa kualiti hasil kerja unit anda. Tengok dinding ada crack tak, water damage atau cat yang tak rata.

5. Periksa lantai. Cuba ketuk tile, kalau dengar hollow sound maknanya bawah kosong. Boleh minta developer repair. Ketuk dengan apa? Jangan pakai hammer ! Aku ketuk kadang pakai kunci pun boleh dengar dah kalau ada hollow tile.

6. Check pintu, frame pintu dan tombol. Ada scratch ke tak, ada misalignment atau tidak. Buka tutup lah 7 8 kali ke. Kalau rasa tak lengkap disarankan buka tutup selam 40 kali selama 100 hari. Haha. Gurau saja, kalau pintu tak ok, buka sekali dua pun dah boleh rasa.

7. Kalau ada sliding door, check benda sama juga.

8. Kalau ada glass door, check ada crack atau calar. Boleh ganti. Jangan lupa kalau ada glass balcony, cuba gegar sikit. Kalau kalau gegar sikit dah goyang, notify developer.

9. Dah siap semua ni, ambil gambar dan isi borang defect. Hantar kepada developer. Bila dah hantar, pastikan follow up selalu. Kalau developer lambat atau tak responsive kita boleh lantik kontraktor lain untuk repair dan claim balik developer.

Ini sedikit sebanyak tips nak check defect bila anda dapat rumah baru. Apa pun, sledgehammer bukan lah jalan penyelesaian. Kepada uncle, aku rasa uncle kena engage dengan interior designer baru dapat design yang uncle nak. Developer ni bagi barang free saja, taste belum tentu kena.

Kepada developer, jika anda menjanjikan IMPECCABLE DESIGN, bagi lah IMPECCABLE DESIGN.

Bukan BREAKABLE DESIGN.

Ahmadkhairul Sabirin
Lama tak dengar perkataan impeccable.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di