Siakap Keli
Femaleasia

Rai Dinasti Baru, Jepun Perkenal Mee Segera Orang Kaya Dengan Topping Serbuk Emas

Sebuah syarikat mee segera di Jepun telah memperkenalkan satu lagi produk mee segera dengan topping mewah untuk meraikan kemunculan dinasti baru negara itu.

Dinasti Hesei akan berakhir dalam tempoh sebulan lagi di Jepun. Peyoung sebuah jenama mee segera Yakisoba turut meyertai beberapa syarikat tempatan lain dalam usaha untuk menawarkan sesuatu yang istimewa kepada pelanggannya untuk meraikan era Reiwa yang bakal tiba  tidak lama lagi.

Menurut Soranews, 24 Peyoung telah memperkenalkan produk baru mereka iaitu “Mi Peyoung Saus Yakisoba dengan Debu Emas” bermula pada hari ini.

Femaleasia

Kini, mee segera tersebut boleh didapati di pasaraya, dan kedai serbaneka di Jepun sahaja kerana ianya merupakan edisi terhad.

Skanaa

Mi segera yang dikeluarkan secara terhad ini adalah sejenis makanan Jepun iaitu ‘yakisoba’, dijual pada harga 250 yen iaitu kira-kira RM9.20 bagi satu bekas, berbanding yakisoba biasa pada harga 170 yen (~ RM6.30) setiap satu.

Menurut cadangan memasak yang dilampirkan di pek mee segera tersebut, cara untuk memasak mee segera ini lebih kurang sama dengan cara memasak pek Yakisoba biasa. Cuma pengguna hanya perlu menabur serbuk emas di atas mee segera selepas ianya siap dimasak.

Sumber: NextShark

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di