Siakap Keli

Biar Betul Saharul Ridzwan Cakap Beras Kat KL Tak Sedap, Habis Tu Selama Ini Dia Makan Nasi Beras Jenama Apa?

Nasi sudah diketahui merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Orang kata, perut kalau tak ‘kena’ nasi sekali sehari, boleh buat badan jadi lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

Lihat sahaja deretan kedai makan yang ada di Malaysia. Hampir pasti semua kedai menyediakan juadah berasaskan nasi tidak kiralah sama ada kedai tersebut menjadikan masakan Melayu, Cina, India, Arab mahupun Barat sekalipun sebagai tarikan utama pelanggan untuk singgah.

Baru-baru ini kami sempat ‘stalk’ Instagram artis terkenal tanah air, Saharul Ridzwan dan kami dapati ada satu posting yang sangat menarik yang dibuat oleh beliau dimana memberitahu bahawa beras-beras di KL tak sedap sangat.

Takkanlah, banyak kot jenama-jenama beras yang ada dijual di bandar sebesar KL ni kan. Masuk je mana-mana pasar raya ataupun kedai-kedai runcit, ada macam-macam pilihan beras yang ditawarkan. Takkanlah tak ada satu pun yang sedap kan.

Setelah kami teliti, barulah kami tahu kenapa Saharul meninggalkan komen sedemikian. Rupanya hati Saharul sudah pun tertambat pada satu jenama beras sahaja dan katanya beras berkenaan adalah beras yang paling enak dimakannya selama ini.

Beras apa itu? Mujurlah Saharul tak simpan rahsia beras enak itu untuk dirinya seorang sahaja. Kata Saharul, dia merupakan pengguna Beras ERA. Sejak menjadikan Beras ERA sebagai beras pilihan utama untuk dimasak setiap hari, dia dah tak pandang beras lain dah. Hatinya benar-benar melekat pada jenama itu sahaja.

Wah, biar betul Saharul ini. Tapi, kami tak pernah dengar pun jenama Beras ERA ini dan kami rasakan ramai daripada anda turut tertanya-tanya kan. Beras ERA ini beras apa dan betul ke sedap sampaikan menjadi pilihan artis macam Saharul.

Yelah, artis ini sangat menjaga penampilan diri dan aspek pemakanan adalah salah satu perkara yang sangat diberi perhatian. Nak muncul dekat kaca Tv, tubuh badan mestilah selalu sihat dan untuk mendapatkan badan yang sihat perlulah jaga makan. Salah satunya adalah nasi sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.

Ok, berbalik kepada persoalan utama kita sebentar tadi. Beras ERA ini beras apa? Tak pernah dengar pun dan rasanya tidak pernah lihat dijual dimana-mana kedai kan.

Berbekalkan sedikit info daripada Saharul sendiri, kami pun membuat sedikit pencarian dan kami rasa kami tahu kenapa Saharul gemarkan beras jenama ini.

Biarpun Beras Era baru sahaja menjengah masuk dalam pasaran di Kuala Lumpur, Beras ERA sebenarnya sudah sekian lama menjadi pilihan penduduk-penduduk di Pantai Timur. Lebih tepat, untuk tempoh lebih 20 tahun. Jadi tak hairanlah, Saharul yang berasal dari Pahang, menggemari Beras ERA kerana sudah sekian lama ia menjadi sebahagian daripada darah dagingnya.

Walaupun ramai daripada kita mungkin tidak pernah mendengar mengenai Beras ERA, tapi sebenarnya ia sudah mula dijual sejak tahun 1998 lagi tau.

Lagi satu, syarikat yang menjadi pengeluar Beras ERA ini menjalinkan kerjasama dengan Padi Beras Nasional (BERNAS) yang cukup berpengalaman dalam perniagaan beras dalam negara. Paling penting, bila sebut mengenai BERNAS, anda tidak lagi perlu risau mengenai status halal beras tersebut.

Lepas tahu rahsia Saharul, kami sendiri pun jadi tak sabar nak cuba keenakan nasi yang dimasak menggunakan Beras ERA.

Cuba bayangkan jika nasi ini digunakan untuk menyediakan juadah-juadah yang lain, pasti rasanya lebih ‘terangkat’ sekali gus memberikan pengalaman berbeza ketika menikmati masakan kegemaran anda.

Kami sendiri pun dah dapatkan produk-produk makanan berkualiti tinggi jenama ERA tau.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan Facebook Beras ERA.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.