Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan : Google

Dua Beradik Dipercayai Larikan Diri Akibat Ditegur Ibu – Polis

Seremban :  Dua kanak-kanak yang hilang dari kediaman merekadi Taman Jujur, Seremban pada Ahad, dipercayai berpunca akibat teguran ibu mereka kerana mereka tidak membantunya mengemas rumah, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak.

Katanya mengikut siasatan, kedua-dua kanak-kanak terbabit, telah keluar rumah kira-kira 1.30 petang dengan membawa beg sekolah yang diisi dengan pakaian.

“Pengadu seorang wanita Rohingya berumur 31 tahun, seorang suri rumah, telah membuat satu laporan di Balai Polis Sikamat, dengan menyatakan dua orang anak perempuannya berumur 8, dan 13, tahun telah melarikan diri dari rumah sewanya.

“Pengadu juga mencari di sekitar kawasan serta berhubung dengan saudaranya tetapi kedua-dua anaknya tidak ada di rumah saudara-saudaranya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang serta usaha sedang dijalankan mengesan lokasi kedua-dua beradik ini.

“Sekiranya  orang awam menjumpai kedua-dua kanak-kanak ini diminta untuk menyerahkan ke balai polis yang berdekatan serta boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes  iaitu SM  Ahmad Fauzi di talian 06-6033222,” katanya.

Deskripsi dua beradik yang hilang tersebut bagi kanak-kanak berumur 13 tahun mempunyai badan kurus dan tinggi, memiliki kulit sawo matang serta bertudung manakala yang berusia 8 tahun mempunyai badan sederhana gempal, tinggi, dan berusia lebih kurang 3 tahun, memiliki kulit sawo matang dan bertudung.

Sementara itu ibu kanak-kanak terbabit, Hasina Begum Hassan, 31, ketika ditemui di rumahnya, menyatakan kebimbangan beliau mengenai keselamatan kedua anaknya itu dan merayu supaya mereka segera pulang.

Katanya, anaknya Nurhidayah Zahid Hussain, 8, dan Nurzahidah, 13, dipercayai melarikan diri dari kediaman mereka di Taman Jujur di sini, Ahad lalu, selepas dia pulang rumah kira-kira pukul 1.30 petang dan mendapati kedua-dua anaknya itu, tiada di rumah.

“Sebelum kehilangan kedua-dua anak saya, ada  berlaku perselisihan faham antara kami dan berkemungkinan ianya antara punca mereka berbuat demikian.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku itu sekadar nasihat saya sebagai ibu yang mahukan terbaik untuk anak-anak. Tiada niat lain kerana saya sayangkan mereka,” katanya.

Hasina berkata, hari ini merupakan hari keempat mereka hilang, dan beliau telah mencuba mengesannya dipelbagai tempat termasuk kawasan sekitar Seremban dan berherap anaknya itu segera pulang kerana beliau amat merindui mereka.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.