Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kenapa Tak Suruh Cleaner?,” Sentap Dengar Jawapan Diberikan Jutawan Ini Kenapa Dia Sendiri Yang Cuci Tandas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Suasana bekerja yang kondusif sememangnya menjadi impian semua pekerja. Persekitaran pejabat yang positif tentunya akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya memberi manfaat kepada syarikat. Malah ini akan menyumbang kepada kadar ketidakhadiran yang rendah jika para pekerja gembira dan tidak tertekan untuk datang ke pejabat.

Kita sering disajikan oleh kaca televisyen tentang perwatakan majikan sebagai seorang yang selalu memakai suit lengkap ‘bersuit’, memakai kasut hitam berkilat dan memegang beg bimbit. Justeru itulah, kita selalu membayangkan bahawa mereka merupakan seorang yang angkuh, tegas dan tidak bertimbang rasa.

Namun sebenar realitinya tidak semua majikan begitu. Adam Ruffi telah ‘menafikan’ tuduhan tersebut dengan perkongsiannya melalui laman Twitter. Perkongsiannya itu sekaligus membuka mata masyarakat tentang pemikiran stereotaip terhadap semua majikan. Ciapannya itu mendapat lebih dari 8,900 kali ulang kicau dan pelbagai reaksi dari pengguna laman berkenaan.  Berikut adalah perkongsiannya:

Aku Kenal Sorang Multimillionaire yang Datang Awal dan Basuh Tandas Officenya

Kebetulan haritu aku datang awal untuk breakfast meeting dekat office nya di Petaling Jaya. Aku sampai Dia keluar dari tandas dengan seluar disinsing. Ada peluh sikit di dahinya, senyum.

“Eh Dato buat apa?” Dia jawab sambil tertawa

“Jadi cleaner”

Gambar Hiasan

Rupanya memang jadi rutin beberapa hari seminggu untuk dia basuh tandas di pejabat. Kalau korang tertanya tanya kenapa dia yang basuh? Kenapa tak suruh cleaner bangunan? Kenapa tak buat jadual tugas staff? Semua soalan tu aku dah tanya. Sebenarnya, dia buat semua ini untuk dirinya as a leader, not a boss. Banyak lagi jawapan dia yang aku ingat sampai hari ni.

Sejarahnya, Lelaki ni Sewaktu Mula Berniaga Pernah Tidur Dalam Kereta dan Mandi Pagi di Stesen Minyak

Selepas ditangkap oleh manager stesen minyak. Dia buat pertukaran budi yang dia akan cuci tandas stesen itu setiap pagi . Sebab itulah, mencuci tandas ini mengingatkan kembali kenangan bagaimana beliau bermula sehingga sampai ke tahap ini. Kalau korang selalu ‘baca’ majalah Tatler, mungkin korang pernah nampak dia.

Gambar Hiasan

Ada satu pesan lagi dia bagi dekat aku pagi tu :

“Bila orang mendekati kita disebabkan suit kita cantik. Orang kagum dengan suit kita. Bila orang puji kita sebab kereta kita hebat. Orang tu kagum dengan kereta kita. Selalunya mereka itu hanya terpegun tengok barangan yang kita miliki bukannya diri kita.  Jangan cepat perasan yang orang kagum dengan kita”

Pengguna twitter tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen di bawah ciapan tersebut. Kebanyakkan dari komen tersebut memuji tindakan majikan berkenaan. Ada juga pengguna yang memberi nasihat dan pesanan untuk dijadikan ingatan bersama.

Turunkan ego dan bersihkan hati

Gambar : Twitter

Pujian Itu membutakan

Gambar : Twitter

Sumber : Adam Raffi 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.