Siakap Keli
Gambar: Newslocker

Sanggup Pukul Dan Rantai Leher Isteri Selepas Bertengkar Kerana Masak Tidak Sedap

Seorang lelaki sanggup merantai isterinya sendiri dan membiarkannya tanpa makanan dan minuman gara-gara tidak berpuas hati dengan sup yang dimasak oleh isterinya itu.

Menurut laporan sebuah laman berita Ukraine, lelaki berusia 40 tahun itu berbuat demikian kerana ingin memberi pengajaran kepada isterinya.

Isteri kepada lelaki terbabit telah dipaksa hidup dengan ketiadaan makanan, minuman serta tandas selama tiga hari. Lelaki tersebut juga difahamkan mengikat leher isterinya itu pada perabot dirumahnya yang terletak di Novokamenka, Ukraine.

Insiden yang berlaku pada Disember 2017 itu tercetus apabila pasangan itu bertengkar di rumahnya semasa sedang menjamu makanan tengah hari.

Lelaki itu telah dihidangkan dengan semangkuk sup semasa makan tengah hari. Dia kemudiannya bertindak menjerit kepada isterinya selepas mendapati sup yang dihidangkan isterinya itu tidak sedap lalu memukulnya dengan kayu dan merantai leher isterinya itu.

Ahli keluarga wanita itu telah menemuinya tiga hari berikutnya dalam keadaan pucat serta menggigil setelah ditinggalkan suaminya itu berseorangan di rumah.

Lelaki itu telah melarikan diri dilaporkan telah melarikan diri dari rumah semasa pihak polis dalam perjalanan ke lokasi kejadian.

Beberapa jam kemudian, pihak berkuasa berjaya menangkap lelaki itu di sebuah garaj yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada kawasan kejiranan itu.

Wanita itu mendedahkan: “Dia menjerit dan berteriak kepada saya hanya kerana masakan yang saya masak tidak sedap.”

Dia walau bagaimanapun percaya bahawa sup itu dijadikan sebab untuknya mendera kerana sebab sebetulnya yang membuatkan suaminya itu berang adalah kerana dia tidak memberikan duit kepada suaminya itu.

Lelaki itu kemudiannya mengaku bersalah semasa disoal siasat oleh pihak polis dan menyatakan bahawa dia berhasrat utuk merantai isterinya itu selama sembilan hari.

Lelaki tersebut didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada 2017, namun pihak pendakwa raya bertindak memohon kepada pihak mahkamah supaya memanjangkan lagi tempoh hukuman yang dikenakan ke atas lelaki itu kerana mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas lelaki itu terlalu ringan.

Walaupun begitu, pihak mahkamah rayuan Mykolaiv bertindak menolak permohonan yang telah dibuat oleh pihak pendakwa raya itu.

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

suka menulis, tak suka membaca

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di