Siakap Keli
Gambar: elements.my

(Video)Makanan Dihidangkan Oleh Chef Terkecil Dunia, “Le Petit Chef” Janjikan Pengalaman Santapan Yang Luar Biasa

Selepas kejayaan Dinner In The Sky dan Plane In The City, 2Spicy Entertainment dengan kerjasama Elements Kuala Lumpur telah melancarkan satu lagi pengalaman makan malam yang unik dikenali sebagai “Le Petit Chef.” Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama terpilih untuk ianya diperkenalkan.

“Le Petit Chef” bakal menjanjikan suasana makan malam yang luar biasa untuk anda yang mungkin masih lagi tercari-cari tempat makan bagi meraikan acara istimewa seperti sambutan hari jadi, temu janji bersama yang tersayang, ulang tahun perkahwinan dan banyak lagi.

Hidangan yang dijamin sedap serta menarik bakal dihidangkan sendiri oleh chef Jeff Ramsay yang dibawa khas dari Perancis. Beliau juga merupakan chef terkenal yang telah mendapat pengiktirafan bintang Michelin.

Makan malam yang menggabungkan elemen inovatif dan animasi itu diselia oleh sebuah studio animasi terkenal dari Belgium. “Le Petit Chef” juga menjanjikan pengalaman yang lain daripada lain buat anda, ini kerana hidangan anda bakal disajikan oleh chef terkecil dunia didalam bentuk animasi digital 3D terlebih dahulu sebelum ianya direalisasikan di atas pinggan anda.

Gambar: elements.my

Buat anda yang bercadang untuk berkunjung ke “Le Petit Chef” ini, ianya terletak di Elements, TREC, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ianya beroperasi setiap hari kecuali pada hari isnin dan mempunyai bilangan sesi yang berlainan dalam sehari.

Untuk hari selasa sehingga khamis, hanya ada 2 sesi sahaja yang akan berlangsung pada pukul 7 pm dan 8.30 pm. Bagi hari jumaat pula, 3 sesi yang disediakan akan bermula pada pukul 6.30 pm, 8 pm dan 9.30 pm. Pada hari ahad pula sesi akan bermula seawal 5.30 pm, 7 pm dan 8.30 pm. Untuk hari sabtu pula, ada 4 sesi yang disediakan bermula pada pukul 5.30 pm, 7 pm, 8.30 pm dan 10 pm.

Disebabkan ruang makan hanya boleh memuatkan seramai 36 orang untuk satu satu masa, anda dinasihatkan untuk menempah tiket terlebih dahulu. Sebanyak 3 pakej disediakan, harga tiket bermula daripada RM 299. Tiket boleh didapati di www.elements.my atau boleh terus menghubungi Mr. Govin di 017-6531929.

Aqmal Ezany

I write what is right