Siakap Keli
Gambar: LADbible

Warga Emas Ditahan Gara-Gara Campak Duit Syiling Bertuah Ke Dalam Enjin Pesawat

Seorang wanita warga emas telah ditahan oleh pihak polis selepas mencampakkan enam ketul duit syiling dalam enjin sebuah pesawat dengan tujuan untuk mendapatkan tuah agar penerbangannya berjalan lancar.

Warga emas yang berumur 66 tahun itu telah di bawa turun dari pesawat oleh polis kerana mengesyaki bahawa wanita tersebut telah mencampakkan duit syiling semasa dia sedang dalam perjalanan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita, Mongolia.

Susulan dengan penahanan itu, kesemua seratus orang penumpang yang menaiki pesawat terbabit terpaksa dipindahkan ke pesawat lain dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan mereka selepas dua jam penerbangan pesawat itu tertangguh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tianjin Airlines, pihak keselamatan dimaklumkan berkenaan dengan perkara tersebut pada kira-kira 7.50 am selepas salah seorang daripada staf pesawat itu menyedari perbuatan wanita tersebut.

Berikutan dengan itu, beberapa staf telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk memeriksa duit berkenaan. Mereka kemudiannya mendapati keenam-enam duit syiling yang dicampak oleh wanita tersebut berada di atas landasan berdekatan dengan pesawat itu.

Warga emas yang dikenali dengan nama Yang telah mengakui kepada pihak polis bahawa perbuatannya itu bertujuan untuk mendapatkan tuah yang baik agar perjalanannya sepanjang menaiki pesawat itu selamat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut mengesahkan bahawa wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa dan kerja-kerja siasatan masih lagi dijalankan.

Sumber: Lad Bible

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.