Siakap Keli

Jemput Makan Di The Resort Cafe Di Sunway Resort Hotel & Spa Pada Bulan Mei Ini Dengan 10 Stesyen Makanan, 400 Hidangan Autentik, Masakan Tradisi Melayu Dan Assam Pedas Gearbox

The Resort Cafe di Sunway Resort Hotel & Spa kembali lagi dengan buffet #JemputMakanAtTRC. Pelbagai hidangan tradisional tempatan dan moden disediakan untuk anda nikmati pada bulan Mei ini. Antara yang menjadi perhatian kali ini adalah Gearbox Assam Pedas dan masakan melayu tradisional yang pasti menggamit memori dan akan mengingatkan anda tentang masakan air tangan ibu anda di kampung.

Kalau juadah tradisi yang anda cari untuk menjamu selera anda dan keluarga tersayang,The Resort Cafe di Sunway Resort Hotel & Spa sebagai pilihan tepat untuk membawa keluarga tersayang serta sahabat handai untuk menjamu selera. Lebih 400 makanan tradisi dan moden yang berkonsepkan ‘Outdoor Food Bazaar’ sudah pasti memberi pelbagai pilihan makanan mengikut selera anda. Dengan tema #JemputMakan yang ditekankan kali ini, The Resort Cafe bukan sahaja menghidangkan makanan barat, tetapi lebih menfokuskan makanan melayu tradisional seperti rendang, ketupat dan kuih-kuih tradisional yang sudah sebati dengan masyarakat di negara ini.

The Resort Cafe yang terletak di bahagian Lobi Sunway Resort Hotel & Spa akan mula menghidangkan pelbagai pilihan makanan secara buffet pada 6 Mei sehingga 4 Jun 2019 iaitu 1-2 hari sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk anda yang ingin kan harga diskaun sehingga 40%, anda perlu menempah pada tarikh antara 6 hingga 9 Mei dan 1 hingga 4 Jun 2019 dan tempahan perlu dibuat secara ‘Walk-in’ sahaja.

Diketuai Chef Mohamad Yatim Supaat dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun berkhidmat di hotel-hotel tempatan dan antarabangsa. Kali ini The Resort Cafe menghimpunkan lebih 400 perisa dan resepi tradisional dan menyediakan 10 gerai yang menghidangkan makanan melayu dan barat. 10 gerai utama itu termasuk Assam Pedas Gearbox Station, Churrasco Station, Seafood Bakar Station, Golek Station, Kawah Station, Warisan Station, Noodle Station, Nasi Station, Satay Station dan Goreng Station.

Assam Pedas Gearbox Station

Assam Pedas Gearbox Station dijangka bakal menjadi tarikan utama di The Resort Cafe nanti. Gearbox ini dimasak perlahan dan mengambil masa 8 jam untuk memastikan semua bahan yang digunakan meresap ke dalam tulang gearbox. Penyedut yang disediakan untuk menyedut isi-isi gearbox tersebut pasti menjadi igauan buat anda yang menggemari tulang gearbox.

Churrasco Station

Churrasco Station pula akan menggabungkan pelbagai daging lembu, ayam dan kambing yang digrill lembut dan berjus serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar khas buat anda yang menggemari daging grill. Anda juga boleh menikmati hidangan Ala Timur Tengah seperti Kebab Ayam dan Kebab Kofta Seafood. Turut disediakan sos-sos istimewa untuk anda makan bersama daging gril tersebut.

Golek Station

Bila anda bersantap di Hotel, tidak lengkap jika tidak merasai kenikmatan Kambing Golek di Golek Station. Kambing yang diperap semalaman  dengan 25 rempah-ratus serta herba tempatan dan dibakar  perlahan sehingga 4 jam bagi memastikan daging kambing itu cukup lembut apabila sampai ke pinggan anda.

Seafood Bakar Station

Bagi penggemar makanan laut, jangan bimbang anda tidak akan kecewa kerana The Resort Cafe turut menyediakan Seafood Bakar Station yang menghidangkan makanan laut segar seperti ikan pari, kambing, Sotong Hokkaido, Udang dan Kupang. Chef yang bertugas akan terus menggril makanan laut yang anda pilih dan anda boleh nikmati dengan pelbagai jenis sambal buatan sendiri.

Noodle Station

Kepada penggemar makanan berkonsepkan mi. The Resort Cafe turut menyediakan Noodle Station untuk anda menikmati pelbagai jenis mi seperti Nyonya Laksa Lemak, Assam Laksa, Mi Udang dan Mi Sup Wantan.

Kawah Station

Kawah Station dan adalah  stesyen yang paling istimewa yang menghidangkan masakan kawah  seperti Gulai Ayam Kampung, Gulai Ikan Siakap Kepak, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Nangka Muda dan Gulai Ikan Pari.

Warisan Station

Warisan Station  menggabungkan pelbagai makanan warisan tradisional seperti Rendang Tok, Serunding, Bubur Lambuk, Lemang Bakar dan Ketupat untuk anda menikmati rasa asli masyarakat Malaysia yang sudah sebati dengan selera turun-temurun kita.

Nasi Station

Selain itu juga Nasi Station yang menyediakn nasi berperisa yang lazat seperti Nasi Beriyani yang dihidangkan Stuffed Quail Briyani yang istimewa khas untuk penggemar quail. Untuk pertukaran menu The Resort Cafe juga menghidangkan Nasi Bukhari, Nasi Hujan Panas, Oriental Rice, Nasi Kukus, Nasi Minyak, Nasi Mandi, Maqluba dan Kabsa iaitu makanan yang popular di Timur Tengah.

Satay Station

Tidak ketinggalan juga Satay Station yang menghidangkan keaslian rasa satay yang diperap dan digril sempurna menggunakan arang. Satay daging dana ayam menjadi menu utama di stesyen ini dan dihidangkan sekali dengan Ketupat, Timun, Bawang dan Kuah Kacang buatan sendiri.

Goreng Station

Goreng Station juga turut tidak ketinggalan memeriahkan Outdoor Food Bazaar #JemputMakanAtTRC. Di stesyen ini menyediakan makanan yang bergoreng seperti Goreng Pisang, Cempedak Goreng, Keropok Lekor, Karipap, Ubi keladi, Ubi Keledek dan banyak-banyak lagi.

Dessert Corner

Dessert Corner untuk dijadikan pencuci mulut yang menghidangkan pelbagai jenis manisan tradisional dan barat seperti Tapai Ubi, Puding Roti, Kuih Bangkit, Lepat Ubi, Ais Kacang. Turut disediakan Kek Lapis Sarawak dan pelbagai jenis kuih raya seperti Batang Buruk, Kuih Siput, Kuih Rose, Kuih Karas,Kuih Semperit, Kuih Kapit dan Dodol.

Salad Tower

Turut disediakan Salad Tower yang menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman sepeti Kacang Botol, Petai, Daun Selom dan Jantung Pisang serta jeruk yang akan membangkitkan selera anda bagi penggemar ulam-ulaman dan boleh dimakan bersama sambal belacan yang pasti membuka selera anda.

Tawaran Early Bird

Harga promosi buat anda yang menempah awal bermula sekarang sehingga 30 April 2019 dan anda hanya perlu membayar RM138 seorang untuk Jemput Makan Buffet antara 10 Mei sehingga 31 Mei 2019.

Sempena Hari Raya Aidilfitri juga, The Resort Cafe turut menyediakan Hari Raya High Tea & Dinner Buffet untuk 2 hari pertama sambutan Hari Lebaran. Sangat sesuai untuk bersantai dan makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mengeratkan lagi hubungan di hari yang mulia. Untuk High Tea hanya RM88 seorang dan untuk Dinner Buffet hanya RM125 seorang dan buffet ini hanya pada Tarikh 5 dan 6 Jun 2019 sahaja bermula jam 12.30 p.m3.30 p.m untuk High Tea dan 6.30 p.m hingga 10.30 p.m untuk makan malam.

Untuk tempahan sila hubungi nombor berikut 03-7495 2009 / 03-7492 8000 atau anda boleh juga email kan tempahan anda ke LINK ini.

Untuk anda yang ingin menganjurkan majlis reunion atau makan malam syarikat anda yang melebihi 60 orang, anda boleh membuat tempahan di nombor atau email yang sama seperti di atas dan anda boleh membuat tempahan makanan mengikut citarasa anda. Anda juga boleh menggunakan Grand Lagoon Ballroom yang baru sahaja diperbaharui dengan tempat duduk sehingga 2,200 orang.

Untuk tempahan hubungi 03-7495 2009 / 03-7492 8000 atau anda boleh juga email kan tempahan anda klin LINK ini.

Untuk info yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Sunway Resort Hotel & Spa 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)