Siakap Keli

”Jika Orang Awam Keluar Dari Sini, Baru Mereka Akan ‘Keluarkan’ Acap,” Abang Minta Orang Ramai Hormati Usaha Orang Kampung

Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap, kekal menjadi misteri sehingga kini. Memasuki hari ke-27 pencariannya, namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, setiap pelusuk hutan juga telah diredah untuk mencari keberadaan anak muda itu.

Terbaru, abang kepada Acap tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam usaha mencari adiknya. Melahirkan perasaan berat hati, beliau meminta semua sukarelawan yang menyertai misi mencari dan menyelamat untuk beredar dari kawasan tersebut.

Tindakan itu harus dilakukan susulan permintaan orang kampung yang didakwa boleh membantu usaha pencarian Acap jika semua orang awam keluar daripada kampung mereka. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Kita hold dulu dan beri laluan pada beberapa individu orang kampung kerana mengikut apa yang dikatakan jika orang awam keluar dari sini (kampung), baru mereka akan keluarkan Acap.

Jadi dengan rasa berat hati saya umumkan semua Volunteer Unit SAR (hampir 500 ahli) diminta untuk stand down. Kita hormati dan lihat progress dari mereka.

Hari-hari terakhir di Gopeng.. Untuk kamu #Acap

Perkarangangan Comand Centre Bomba yang telah dikosongkan
Peranti Pengesan Haba
Unit Volunteer SAR 1

 

Unit Volunteer SAR 2

Sumber : Denny Lang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di