Siakap Keli

Kebakaran Hotel Di Songkhla : 3 Rakyat Malaysia Masih Terima Rawatan

Gambar : The Nation

Songkhla : Tiga rakyat Malaysia masih menerima rawatan di hospital susulan terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di Sadao, Songkhla, Jumaat lalu (12 April).

Ketiga-tiga mangsa termasuk sepasang suami isteri kini menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Seramai 15 orang rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran pada 8.25 pagi (waktu tempatan) itu.

Ketua Polis Pelancongan Wilayah Songkhla Kol. Pol. Dr Sannya Niampradit berkata ketiga-tiga mangsa  berusia antara 61 dan 54 tahun mengalami sesak nafas yang teruk akibat asap tebal dalam kejadian itu.

“Mereka kini dalam keadaan stabil dan mereka tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan. 

“Mereka dijangka dibenarkan pulang dalam sehari dua lagi,” katanya kepada Bernama.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.