Siakap Keli
Gambar Hiasan

Liat Sangat Bila Suruh Bangun Tidur Waktu Pagi, Ayah Simbah Minyak Dan Bakar Katil Anak

Berang susah mahu bangun pagi, si ayah didakwa bertindak mencurahkan petrol pada katil dan membakar tilam anaknya yang hampir menyebabkan berlaku kematian, dalam kejadian yang berlaku di China.

Suspek yang berjaya ditahan pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan cubaan membunuh baru-baru ini. Jenayah berkenaan dilapor dilakukan pada April tahun lepas.

Menurut laporan media tempatan, Kwong Wah, suspek berang apabila anaknya yang berusia 26 tahun dan bekerja sebagai operator kilang liat bangun pagi untuk bekerja dan bertemu klien. Suspek juga dilaporkan bekerja sebagai operator kilang di tempat yang sama.

Anaknya ketika menjadi saksi di mahkamah memberitahu dia bernasib baik kerana menyedari tindakan ayahnya dan sempat melompat bangun daripada katil untuk menyelamatkan diri.

Kedua-dua mereka kemudian menjadi panik dan terpaksa menghubungi bomba bagi memadamkan api yang semakin marak.

Menurut bomba, bencana lebih besar mungkin boleh berlaku dan akan mengancam nyawa di kawasan kejiranan tersebut sekiranya mereka lewat menghubungi pasukan penyelamat.

Sumber: Kwong Wah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.