Siakap Keli

Tun Mahathir Antara 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019 menurut Majalah Time dalam kategori Pemimpin.

Beliau sebelum ini mengetuai Pakatan Harapan (PH) dan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lepas sekali gus menyaksikan Malaysia dipimpin pakatan parti politik baru selain Barisan Nasional kali pertama sejak merdeka.

Selain Tun Mahathir, antara pemimpin dunia lain yang turut disenaraikan adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; serta Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Majalah Time membahagikan 100 orang individu paling berpengaruh di dunia kepada lima kategori iaitu Pioneers, Artist, Leaders, Icons dan Titans.

Senarai penuh 100 Inidividu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019 boleh disemak disini.

Sumber: Time100

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.