Siakap Keli
Gambar : www.naharnet.com Via Odishatv

13 Maut Struktur Bangunan Gereja Runtuh Di Afrika Selatan

Johannesburg : Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera parah selepas sebahagian struktur bangunan gereja runtuh di bandar Dlanggubo, Afrika Selatan, lapor agensi berita Anadolu, demikian menurut pegawai pada Jumaat.

Sebaik menerima panggilan kecemasan anggota perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada Khamis malam mengenai dinding gereja runtuh disebabkan hujan lebat dan angin kuat,” kata seorang menteri wilayah Nomusa Dube-Ncube kepada stesen penyiar tempatan Enca.

Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada struktur bangunan gereja terbabit kukuh atau sebaliknya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.